Monday, December 20, 2010

Welcome to the family!

Assalamualaikum wtb…

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

13 Disember 2010 bersamaan 7 Muharam 1432 H bermula semester kedua UIAM bagi sesi 2010/2011. Dengan bermulanya tahun baru, kami (stuffians) ingin menawarkan kepada pelajar-pelajar UIAM yang berminat untuk menjadi salah seorang daripada keluarga kami.

Sehubungan dengan itu, kami akan membuka Open Booth for New Member’s Registration, butir-butir mengenai booth adalah seperti di bawah:
Tarikh         : 20 hingga 24 Disember 2010
Tempat       : ITD Foyer
Masa           : 8.30am hingga 5pm

Kepada calon-calon yang terpilih, kami akan mengadakan sesi temuduga pada 22 hingga 23 Disember 2010 (8.30pm-11pm) dan ianya bakal dimaklumkan melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS).

Perhatian kepada semua warga stuffians, anda diwajibkan untuk memperbaharui keahlian (renew membership) bagi membuktikan komitmen kalian kepada keluarga STUFF, kerjasama anda amat kami hargai. Sekian, harap maklum.

ALLAHu’alam, wassalam.

~Ilmu Tanpa Amal Umpama Pohon Tidak Berbuah~

Wednesday, December 8, 2010

Apa ada pada Hijrah?



Hijrah Menyeru Umat Bersatu Padu 
Oleh: Wan Mohd Zuhairi Wan Abdullah
Panel Penulis JAKIM


Hijrah berasal daripada kalimah Arab yang memberi makna berpindah dari satu daerah ke satu daerah lain. Hijrah boleh ditafsirkan sebagai satu perubahan lokasi secara zahir dari titik A menuju ke titik B. ia juga boleh menjelaskan perpindahan bersifat kejiwaan, rohani atau apa-apa jua situasi yang lebih abstrak daripada itu. Apa yang penting, unsur yang perlu ada dalam amalan berhijrah ialah berlakunya perubahan kedudukan berbanding dengan tempat atau keadaannya yang asal sama ada secara ruhi ataupun jasadi. Bagi masyarakat kita, perkataan hijrah telah sebati dan diterima pakai dengan pengertian yang mendalam oleh segenap lapisan masyarakat.

Selamat Tahun Baru 1432H...!


Assalamualaikum wtb...
Alhamdulillah, dengan izinNya kita sudahpun melangkah ke tahun baru.
Moga peluang melangkah ke tahun baru dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.
Moga dapat memperhebatkan lagi matlamat perjuang seorang Islam, insyAllah.

Monday, November 22, 2010

Ta'ziah

Assalamualaikum wtb…

Bismillahi rahmani rahiim…

Ayah kepada Razi Ihsan Mad Rashid, Mad Rashid bin Mohd telah kembali ke rahmatulLAH pada 21 November 2010 bersamaan dengan 14 Zulhijjah 1431 hijrah, pada pukul 5.15 petang. Mohon disedekahkan al-Fatihah kepada allahyarham.

Al-Fatihah…

Moga allahyarham ditempatkan bersama para solihiin. Ameen ya Robb...

"Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang apabila sampai ajalnya." (Al-Munafikun ayat 11)

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati..."(Ali Imran 185)

ALLAHu’lam, wassalam… 


~Ilmu Tanpa Amal Umpama Pohon Tidak Berbuah~

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha!!!

Hari ini kita sebagai ummat Islam bersama-sama dengan saudara-saudara  kita yang sedang menunaikan ibadah haji menyambut Hari Raya Korban, dengan menunaikan syiarnya seperti bertakbir, bersembahyang dan menyembelih korban sebagai bukti melahirkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t, di samping memperingati sunah nabi Ibrahim Khalilul Allah dan keluarganya.
Mereka telah melakukan pengorbanan demi menjunjung tinggi perintah Allah s.w.t, pengorbanan menjadi ujian kepada ummat manusia sejauhmanakah mereka itu beriman dan mengabdikan diri kepada Allah yang menjadikannya, yang memberi rezeki dan segala kurniaan yang tidak terhingga kepadanya. Sebagaimana Firman Allah :
"Mengapa kamu kufur dengan Allah, pada hal kamu dahulunya mati (tiada),  lalu Allah menghidupkan kamu, kemudian kamu dimatikan, kemudian dihidupkan kembali, kemudian kamu dikembalikan kepada-Nya." ( Surah al-Baqarah : 28 )
Ummat Islam merayakan Aidil Adha sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Ilahi dimana kemenangan yang bukan sahaja terkandung dalam ibadah haji itu sahaja, tetapi lebih dari itu ialah mempunyai hubungan dengan sesuatu peristiwa yang berlaku pada tahun yang kesembilan hijrah.

Wednesday, November 3, 2010

Final Datang Lagi ^_^

Bismillahi rahmani rahim...

30 Oktober 2010 bermula final exam, mungkin ada yang lagi awal. Jom release tension bermula dengan hati...maat taufiq wannajah!!!

5 PENAWAR HATI
Di dalam kitab at-Tibyan fi adabi hamlatil Quran, susunan Imam an-Nawawi, beliau ada menukilkan kata-kata seorang ahli ma’rifat bernama Ibrahim Khawwash. Katanya penawar hati itu ada 5 :

1) Membaca al-Quran dengan meneliti maksudnya

2) Mengosongkan perut

3) Bangun bersolat malam (qiam)

4) Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur

5) Duduk di majlis orang-orang soleh.

Thursday, October 21, 2010

Raya Celebration

Assalamualaikum wtb…

Alhamdulillah, segala puji bagi DIA yang melancarkan pergerakan program Raya Celebration pada 7 Oktober 2010 bertempat di Colleseum Engineering. Dibawah pimpinan cik Humaira  aka cik iera  dan dibantu oleh Nooramin  aka amin mantop bersama-sama dengan krew-krew yang penuh komitmen dan berhati waja..ok itu ayat puji dengan ikhlas yea,,jangan muntah..haha  Tahniah buat semua yang terlibat dan berpenat lelah dalam memberikan yang terbaik. untuk program ini.


Raya Celebration ni 1st program yang dianjurkan dalam sejarah Kelab Stuff.insyaALLAH akan ada program seumpama ini di masa yang akan datang, Jutaan terima kasih buat semua yang membantu secara langsung juga tidak dan buat semua yang hadir. Moga ukhuwwah yang erat ini diredhai. Ameen.Jom kita terjah gambar-gambar yang terpilih..


cantik2 la kan..cantik baju raya la kan..hehe 


HOoray!!kami committees Raya Celeberation..

Monday, October 11, 2010

Evo-STUFF STABAZ 2010/2011 ^_^

Assalamualaikum WTB…
Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur dipanjatkan kepadaNya kerana mengizinkan satu lagi program berjalan dengan jayanya iaitu Evo-STUFF STABAZ. Dibawah pimpinan saudara Balqini, dibantu saudari Nabihah dan semua krew-krew yang cukup komited. Program ini melibatkan kerjasama antara dua biro iaitu RND dan EED.

Untuk makluman, buat pertama kalinya dalam sejarah STUFF, kami menganjurkan program seperti ini. Dengan bermatlamatkan untuk merapatkan lagi ukhuwah yang sedia erat terjalin, alhamdulillah matlamat itu berjaya dicapai. Objektif program tidak tertumpu kepada keuntungan, namun tidak juga untuk mengalami kerugian.

Thursday, September 2, 2010

Grand Iftar ^-^

Assalamualaikum wtb...

Syukur kepada Ilahi kerana mengizinkan Grand Iftar STUFF berjalan dengan jayanya. Jutaan tahniah buat semua yang menjayakannya. Grand Iftar berlansung pada 26 Ogos yang lepas, pada pukul 6.30 petang. Dimulai dengan ayat suci Al- Quran (tadarus Quran beramai-ramai), kemudian berbuka puasa. Setelah menjamu kurma & air, semua stuffians yang hadir menunaikan sembahyang Magrib berjemaah bersama dengan Kelab Titian Wahyu. Setelah itu, dihidangkan dengan Nasi Beriani, buah-buahan dan sebagainya. Tidak hanya berakhir disitu, stuffians menunaikan solat Isya' berjemaah & tarawih di EDU LR6 & 7. Kemudian, ukhuwah itu dieratkan lagi dengan mass game kotak beracun dan bersurai. 



Thursday, August 19, 2010

PROGRAM TAUTAN KASIH

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum w.t.b...

Sekarang dah masuk Ramadhan, macam mana puasa? Moga segala ibadah (puasa, terawih, qiam, bacaan Quran dan sebagainya) diterima...amiin...

Alhamdulillah, sebelum kita bertemu dengan Ramadhan, STUFF diberi peluang untuk berkunjung ke Melaka, iaitu di Sekolah Kebangsaan Parit Melana. Pada 6 hingga 8 Ogos 2010 program ini berlangsung. Tepat jam 9 malam, seramai 38 ahli STUFF bertolak daripada (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) UIAM ke Melaka dan tiba disana sekitar pukul 1 pagi. Peserta yang terlibat seramai 80 orang daripada Sekolah Kebangsaan Parit Melana. Untuk makluman, sekolah ini telahpun datang berkampung di UIAM, dan kini kami pula ke sana. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan cukup menarik, antaranya trip ke Kampung Panchor. Disitu, stuffians diberi kesempatan untuk merasa kuih raya, bahulu panas dan mee Jawa. Kemudian, jalan lagi ke Kolam Ikan Keli dan Ikan Talapia. Tak cukup dengan itu, kami diberi kesematan untuk menikmati tebu di Ladang Tebu bersebelahan dengan kolam ikan tadi dan cara menanam pokok getah. Apapun, terlalu banyak yang berlaku disana, dan segalanya best. Tengok gambar ye, macam-macam ada.



Wednesday, August 11, 2010

Marhaban Ya Ramadhan STUFFIANS


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani...

Salam kepada semua STUFFIANS seperti yang kita tau esok kita akan menjalani ibadah Puasa selama sebulan. sudahkan anda semua bersedia untuk mengahadapi bulan yang penuh berkat ini..saya pasti anda semua tidak sabar untuk beraya eh nak berpuasa...seperti yang kita tau puasa ini adalah medan latihan untuk kita melatih jiwa rohani, soul dan iman kita. berpuasa bukan setakat berpuasa dengan tidak makan dan minum pada waktu siang tetapi berpuasa mata, mulut dan semua perbuatan yang boleh membatalkan puasa.

Wednesday, August 4, 2010

Famstrap 2010!!!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani...

Alhamdulillah, sekali lagi kami diberi ruang dan peluang untuk menjayakan aktiviti terbesar STUFF iaitu Family Day and Facilitaing Skill Training Program (FAMSTRAP). FAMSTRAP kali ini berlansung pada 30 hingga 1 Ogos 2010 betempat di UIAM dan Kem Raudhah. Segalanya berjalan dengan suasana santai. Terima kasih pada yang menjayakan, kalian dekat dihati kami. Moga ukhuwah kita selamanya dihati.

 Peserta...dan penceramah...

Khuyu' mendengar...

Kem Kecemerlangan Cahaya Iman, SMK Subang Jaya

Assalamualaikum...
Pada 23 hingga 25 Julai 2010, berlansungnya satu lagi program di samping Program Qiamulail di Teluk Gong, iaitu Kem Kecemerlangan Cahaya Iman SMK Subang Jaya. Program ini tertumpu kepada tiga perkara utama, iaitu iman, kerjaya dan motivasi bagi pelajar-pelajar. Peserta yang terlibat daripada tingkatan 5 dan 4. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar seperti mana yang dirancang. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang menjayakan program berkenaan. Moga para peserta mendapat sesuatu dari program ini. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu kerana kelemahan kami sendiri. 

Tiba di UIAM, tangga besar... 

Aerobik sama-sama...

Monday, August 2, 2010

Gathering 4 New Members Yang Gempak...!

Bismillahi rahmani rahiim...
Syukur ke hadrat Ilahi mass gathering berjalan dengan jayanya...tahniah semua!, alfun mabruk!...

 Brothers, semestinya stuffians...

 Abang Black...syukron =)

 Sisters (stuffians)...

Wajah-Wajah Temuduga 2010/2011

Assalamualaikum wtb...
Alhamdulillah...

Pertama sekali, maaf diatas kelewatan mengupdate blog ni. Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang terlibat, sama ada secara langsung juga tidak. Tak nak mengarang banyak-banyak kali ni. Tengok gambar kat bawah ye, betapa meriahnya sesi temuduga. Gambar kat bawah boleh menerangkan segala-galanya.



Waiting room...

Room 2...abang Yasir, kak Wawa, kak Nad...

Penemuduga...

Program Qiamullail S.A.R Integrasi Telok Gong

Salam 1Malaysia, sudah lama blog ni tidak berupdate...mungkin kerana masing-masing busy dengan aktiviti yang berlambak yang STUFF anjurkan sampai blog ini tidak sapa-sapa yang updated blog nie..

Yang sebenarnya ahli STUFF baru je menghabeskan masa mereka dengan 3 program iaitu Kem Cahaya Iman, Program Qiamullail dan FARMSTRAP..so masing-masing kepenatan dan tiada sapa yang nak updated blog nie..

Tapi pada hari ni saya ingin mengupdate sedikit tentang Program Qiamullail yang diadakan di Sekolah Agama Rendah Integrasi Al-Mumtaz Telok Gong di Klang, Selangor. program nie telah diadakan pada 24 - 25 Julai 2010 bersamaan dengan hari sabtu hingga ahad..Program Manager bagi program nie ialah Bro. Andy Sahlam Sahartang..

Nature program ini adalah ingin menyedarkan para pelajar sekolah itu kerana mereka amat nakal dan malas untuk belajar sedangkan peperiksaan UPSR tggal sebulan sahaja lagi...jadi cikgu-cikgu mengambil inisetif untuk mengadakan program Qiamullail dan menjemput STUFF untuk menjayakan lagi program ini..

Alhamdulillah program ini berjaya walaupun semua tenaga kerja yang menjayakan program nie semuanya masih fresh dan baru tapi hasil yang didapat agak mengejutkan sehinggakan para cikgu memuji corak pekerjaan mereka seperti sudah profesional..

mereka mungkin tidak akan berjaya tanpa tulang belakang yang byk menolong seperti Kak Nad, Kak Naem, Kak Tim, Kak Tiqah, Kak Wawa, Kak Shafeqah dan Abg Aireal Hazelnut...kerana mereka byk membantu dalam menjayakan proram ini..

Malas nak upload gmbr kerana terlalu banyak gambar untuk program ini..ada 700++ semuanya...dan saya compilekan semua gambar tu menjadi satu...sekian...

~Ilmu Tanpa Amal Umpama Pohon Tidak Berbuah~


Friday, July 16, 2010

New Management Board 2009/2010


PRESIDENT
Airilhazlie bin Abdullah

VICE PRESIDENT 1
Muhammad Yasir bin Samsudin

VICE PRESIDENT 2
Nurul Atikah binti Mohd Redzuan

TREASURER
Nurul Najwa binti Azizan

SECRETARY 1
Siti Nur Zahidah binti Muhamad

SECRETARY 2
Nurul Humaira binti Kamarulzaman

RESEARCH & DOCUMENTATION
Nadratunnaim binti Hj. Hasan
Ahmad Balqini bin Idrus

WELFARE
Muhammad Syahman bin Ismail
Andy Sahlam bin Sahartang

HUMAN RESOURCE & DEVELOPMENT
Nadzirah binti Kepol
Mohd Al-Sidique bin Zainuddin

INFORMATION & PUBLICATION
Fariha binti Mohd Harith
Nur Naaimatu Azkiyai bini Abdullah

SPORTS &RECREATION
Norrul Hadi bin Shafri
Azzahara binti Aziz

ENTREPRENEUR & ECONOMICAL DEVELOPMENT
Ahmad Fauzi bin Kamarudin
Nurshafeeqah binti Mohd Zin
Moga dapat bekerjasama dengan lebih efektif dan efisyen dan dalam rahmat Allah selalu. ALLAHu'alam, wassalam...

~Ilmu Tanpa Amal Umpama Pohon Tidak Berbuah~

Program Gathering For New Members 2010/2011


Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum wtb…
Setelah berlangsungnya booth dan sesi temuduga, mass gathering adalah satu kemestian bagi mengeratkan lagi silaturahim antara ahli lama (old member) dan ahli baru (new member) dalam setiap kelab.
Dengan ini, Human Resource Development (HRD) diberi tanggungjawab untuk mengendalikan mass gathering seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Diketuai oleh saudari Nadzirah dan dibantu oleh saudara Sidique, bersama dengan committee yang lain. Semua ahli dijemput hadir, sama ada ahli baru, lama dan alumni. Kita serupa, iaitu dengan kata lain, kita satu keluarga. Kehadiran anda amat kami hargai. Butir-butir program adalah seperti berikut:
· Tarikh : 26 Julai 2010 (Isnin)
· Tempat : Colloseum, Kuliyyah of Engineering
· Masa : 8pm-11pm
Banyak aktiviti-aktiviti yang menarik kami sajikan. Moga ukhuwah kita kekal selamanya, amiin.
ALLAHu’alam, wassalam.

~Ilmu Tanpa Amal Umpama Pohon Tidak Berbuah~

Booth For New Member's Regstration 2010/2011


Assalamualaikum wtb…Welcome home everyone!
Syukur pada Allah s.w.t kerana memberi STUFF peluang sekali lagi untuk memperhebatkan usaha dalam mencari fasilitator yang berbakat besar. Apabila semester baru bermula, makanya dituruti dengan perancangan baru. Segalanya baru, dan diberi nafas baru, agar STUFF dalam redhaNya selalu dan moga murkaNya berlalu. Dengan ini STUFF tampil lagi dengan program baru. Semestinya langkahan pertama tertumpu kepada mencungkil bakat-bakat baru. Moga kami dipermudahkanlah lagi dalam usaha itu.
STUFF dibawah biro Information and Publication (IP) dan dibawah pimpinan saudari Fariha, telah diberi satu lagi amanah untuk mempromosikan booth sekaligus menjalankan sesi temuduga untuk mencari bakat-bakat baru. Maklumat tentang booth adalah seperti berikut:
· Tarikh : 19-21 Julai 2010
· Tempat : HS cafe stall (promotion number 2)
· Masa : 9am-6pm
Semua ahli-ahli STUFF, dan tidak sekali-kali dilupa alumni dijemput dengan segala hormatnya untuk memeriahkan booth. Ahli-ahli juga diingatkan untuk memperbaharui keahlian di booth. Semua pelajar dijemput hadir, kami menyediakan aktiviti-aktiviti yang menarik, istimewa buat anda.
Buat makluman, kami akan menjalankan sesi temuduga pada 21-23 Julai. Perkara itu akan dimaklumkan kepada calon melalui sistem khidmat pesanan ringkas (sms). Harap maklum, ALLAHu’alam. Wassalam.
~Ilmu Tanpa Amal Umpama Pohon Tidak Berbuah~

Upcoming event 2010/2011

Booth
19-23 Julai 2010
PM: Fariha binti Mohd Harith
APM: Nur Naaimatu Azkiyai Abdullah

Kem Kecemerlangan Cahaya Iman, SMK Subang Jaya
23-25 Julai 2010
PM: Ahmad Fauzi bin Kamarudin
APM: Nadzirah binti Kepol

Program Motivasi SRA Telok Gong
24-25 Julai 2010
PM: Andy Sahlam Sahartang
APM: Muhammad Syahman Ismail

Mass Gathering
26 Julai 2010
PM: Nadzirah binti Kepol
APM: Mohamed Al-Sidique bin Zainuddin

Family Day and Facilitating Skill Training Program (FARMSTRAP)
30,31 Julai-1 Ogos 2010
PM: Nurul Najwa binti Azizan
APM: Airilhazlie bin Abdullah

SK PARIT MELANA
7-8 Ogos 2010
PM: Muhammad Yasir bin Samsudin

IFTAR & SOLAT HAJAT
26 Ogos 2010

ANNUAL GENERAL MEETING & HARI RAYA CELEBRATION (AGM)
5 Oktober 2010
PM: Nurul Humaira binti Kamarulzaman

CONVEST
30 Oktober 2010
PM: Ahmad Balqini bin Idrus

*Jika berlaku sebarang perubahan, ianya akan dimaklumkan...

~Ilmu Tanpa Amal Umpama Pohon Tidak Berbuah~

Friday, June 25, 2010

Pertandingan Bowling Persahabatan 2010

Assalamualaikum wtb…


Alfun mabruk alaik!

Alhamdulillah, pada 12 Jun 2010 (Sabtu), bertempat di Wangsa Walk Mall, STUFF dengan kerjasama Aman Studio berjaya melaksanakan satu program yang tidak tertumpu kepada facilitating skill iaitu Pertandingan Bowling Persahabatan 2010. Program ini lebih tertumpu kepada mengeratkan ukhuwah sesama ahli STUFF juga semua yang terlibat.


Plak untuk tempat pertama


Kenangan bersama krew dan peserta

Walaupun cukup banyak halangan, kami berjaya mengatasinya. Sebanyak 7 pasukan yang terlibat, 3 pasukan daripada dalam universiti dan selebihnya dijemput daripada luar. Frenz United muncul sebagai juara, pasukan kita (stuffians) berjaya mendapat hadiah saguhati.

Setinggi-tinggi tahniah buat semua yang sudi meluangkan sedikit masa dan tenaga untuk menjayakan program ini sama ada secara langsung juga tidak. Buat komiti, jasa kalian cukup bermakna. Moga dapat bekerjasama lagi.

Jumpa lagi semester depan, insyAllah dengan program-program yang lebih menarik.
~Ilmu Tanpa Amal Umpama Pohon Tidak Berbuah~

Saturday, June 12, 2010

Man Jadda Wajada

Bismillahirrahmanirrahim...
14 Jun hingga 20 Jun 2010, semua warga UIAM termasuklah stuffians akan menempuh peperiksaan akhir (final exam) untuk semester pendek (short sem). Jom rehatkan minda sekejap, sekadar menghilangkan tekanan belajar...

Apabila bermula semester baru

selepas seminggu
masuk minggu yg kedua
sebelum pekse pertengahan semester


semasa pekse pertengahan semester


selepas pekse pertengahan semester
sebelum pekse ujung semester
Apabila jadual peperiksaan di edarkan
seminggu sebelum pekse ujung semester

6 hari sebelum pekse ujung semester

5 hari sebelum pekse ujung semester

4 hari sebelum pekse ujung semester

3 hari sebelum pekse ujung semester

2 hari sebelum pekse ujung semester

1 hari sebelum pekse ujung semester
malam sebelum pekse ujung semester
1 jam sebelum pekse ujung semester
waktu semasa menjawab soalan
sewaktu keluar dr dewan peperiksaan
selepas tamat peperiksaan dan tibanya cuti semester

all the best!

sumber: Halaqah.net

~Ilmu Tanpa Amal Umpama Pohon Tidak Berbuah~

Tuesday, May 25, 2010

Istiqamah...

“Aku tahu aku silap, ingat Dia hanya saat aku susah…”


“Saat aku senang, hanya sedikit aku peruntukkan masaku buat Dia, padahal kerana sayang dan kasihNyalah aku senang begitu…”


“Aku tahu, dan aku belajar…namun aku masih lalai lagi…”


“Tika ada yang menegur, aku memilih untuk membutakan hati walau aku tahu apa yang bakal aku terima di sana…”


Monday, May 24, 2010

Kem Kempimpinan Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Indah

Bismillahi rahmanirrahim…Mabruk!!!
Syukur dipanjatkan kepada Pemilik Alam kerana membenarkan perancangan kami berjalan lancar. 9 Mei 2010, sehari selepas program Kem Waja Bestari, sekali lagi STUFF dijemput untuk mengendalikan Kem Kepimpinan Pengawas di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Indah.PM untuk program ini adalah Bro.Syahman,APM adalah Sis Iera .  

Kem Waja Bestari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail Jaya

Assalamualaikum w.t.b…


Bismillah wa syukurillah...Tahniah…


Alhamdulillah, segala pujian hanya layak buat DIA, pentadbir segala perkara, yang mengizinkan program Kem Waja Bestari berjalan dengan lancar. Pada 8 Mei 2010 (Sabtu), kami berjaya bertolak seawal 6.45 pagi ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail Jaya (TTDI Jaya).

Seramai 200 peserta daripada tingkatan 1 dan 2 menyertai kem sehari tersebut. Segala kesulitan berjaya diharungi. Jutaan terima kasih buat semua yang terlibat dalam menjayakan kem tersebut, setiap titis peluh yang dihulur, sangat bermakna buat kami, moga Allah membalasnya…amiin…


Friday, April 30, 2010

Educational Trip To Beijing

Pada 5 hingga 11 Mei akan berlangsungnya satu program “Educational Trip to Beijing” anjuran S-DEV (Student Development). Setiap persatuan atau society akan menghantar seorang wakil selepas ditemuduga. STUFF juga tak terlepas, kita diwakili oleh dua orang sister iaitu:

  • Nurul Atikah Mohd Redzuan
  • Nurul Najwa Azizan


Kami, warga stuffians mengucapkan tahniah buat sister Atikah dan sister Najwa dan bangga dengan pemilihan tersebut. Moga selamat pergi dan balik, amiin...

ALLAHu’alam...


~Ilmu Tanpa Amal Umpama Pohon Tidak Berbuah~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...