Thursday, January 14, 2010

Bunting STUFF



Yeay!!
Finally STUFF da ade bunting sendrik..
Nie la ngupe dia..stylo kan??
Thanks kepada bebudak STUFF kiter (Bal,Arham dan seangkatan dengannye)
Xlupe gak pada Yasir yg dapatkan bunting nie pada harga yg murah..huahua
Next progam, bunting ini akan digunakan.
Pas nie kiter buat banner besar2 ek..kalahkan club len..hahaha
Done.

P/s: Jangan ditanye siapa gerangan lelaki bertopeng itu..kerana sy pon terkedu melihatnye..

~Ilmu Tanpa Amal Umpama Pohon Tidak Berbuah~

Monday, January 11, 2010

Group Binding Biro Welfare

Biro Welfare

Salam,
Al kisahnya, pada hari ahad lepas (10 January 2010) biro welfare telah berjaya menganjurkan program group binding iaitu program car wash. Bermula seawal 9.00 pagi bertempat di convest hill, comittee welfare mencuci kereta dengan mengenakan bayaran sebanyak RM3 untuk kereta dan RM2 untuk motosikal. Mulanye hanya beberapa kereta shj yang dicuci,tetapi menjelang tengah hari je makin banyak pulak kereta yang datang.huhuh..cian diorang terpaksa makan lewat disebabkan banyak kereta menunggu. Program nie diketuai oleh Nurul Fairus dan dibantu oleh Muhammad Yasir. Tahniah dan syabas dari management board untuk kalian.

Semasa program berlansung, pada amatan kami, group binding ini amat menghiburkan. Comittee welfare sngt2 berdedikasi dan rajin. Walaupun, tengah hari tue, makin banyak kereta yang datang tapi diorang still lagi sanggup memcuci. Tapi program manager dah mule mencekak pinggang kepenatan..hahaha. thanks diucapkan kepada poji, nije, que, din, fathin, ieda, deha, rahimah...xlupa jugak kepada management board yang len ye. Terima kasih kerana turun padang support program nie.

Program nie sgt menghiburkan dan alhamdulillah ahli STUFF berpeluang mengenali management board dengan lebih rapat lagi. Walaupun bukan keuntungan yang kami cari tetapi objektif kami iaitu merapatkan ikatan ukhwah antara kami telah berjaya dicapai. Mereka akhiri program tersebut dengan jamuan makan pada 2.00 petang. Sedikit kenangn dapat kami kongsikan semasa program seperti nije mengorat adik fairus, viper kereta belakang kereta xtutup dan xlupe jugak adengan fairus mengejar kereta dia yang dilarikan orang (actually, kereta dia x ilang, cume acok pinjam n dia kejar naik skuter..hoho). Kami mengharapkan program seperti ini dapat diteruskan masa masa akan datang. Dibawah nie kami sertakan sedikit gambar untuk tatapan ahli-ahli STUFF. Lastly, kami mengucapakn terima kasih dan tahniah kepada biro welfare.

P/s: Nad, jgn lupe mintak duit kat razi coz ko cucikan baju kotor dia..hahaha



Kenangan Car Wash

Panas terik..huhu..


Sapa punyer moto nie..lawa rim..hehe

Sunday, January 10, 2010

Disebalik Tabir STUFF

Salam,
Untuk tenure 2009/2010 kali ini, persatuan STUFF telah diwakili oleh orang2 yang berbakat. Mereka ini semua dilantik kerana menyumbang jasa dan memberi spenuh komitmen kepada persatuan STUFF. Barisan ini juga bersusah payah melaksanakan program untuk ahli2 STUFF. STUFF terbahagi kepada 6 biro iaitu Research & Documentation (R&D), Human Resource Development (HRD), Sport & Recreation, Information & Publication (IP), Entrepreneur Economic Development (EED) dan Welfare. Setiap biro mempunyai keunikan masing2 dan diberikan amanah untuk melakukan program-program khas bersama ahli-ahlinya. Dibawah merupakan senarai nama bagi Management Board STUFF 2009/2010.

President
Airilhazlie B. Abdullah

Vice President 1
Razi Ehsan B. Md Rashid

Vice President 2
Nurul Husna Bt. Mohd Fadzil

Secretary 1
Nurul Atikah Bt. Mohd Redzuan

Secretary 2
Siti Nur Zahidah Bt. Muhamad

Tresurer
Nurul Najwa Bt. Azizan

Research & Documentation
Nadratunnaim Bt. Hj Hasan
Nor Shaza Bt. Mohd Khalifah
Bertanggungjawab mengumpulkan module2 untuk diketengahkan diprogram2 sekolah.

Human Research Development
Nadzirah Bt. Kepol
Mohamed Al-Sideque B. Zainuddin
Bertanggungjawab menyediakan training fasilitator untuk ahli-ahli.

Sports & Recreation
Norrulhadi B. Shafri
Azzahara Bt. Aziz
Bertanggungjawab melakukan aktiviti-aktiviti riadah untuk ahli-ahli.

Infomation & Publication
Fariha Bt. Mohd Harith
Nurul Humaira Bt. Kamarulzaman
Bertanggungjawab mempromosikan aktiviti-aktiviti persatuan STUFF.

Entrepreneur Economic Development
Nurshafeeqah Bt. Mohd Zin
Iswadi B. Idris
Bertanggungjawab menguruskan sumber kewangan dan mencari dana untuk persatuan STUFF.

Welfare
Nurul Fairus Bt. Che Hassim
Muhammad Yasir B. Samsudin
Bertanggungjawab menjaga kebajikan ahli-ahli persatuan STUFF.

Oleh itu, sebarang cadangan dan pertanyaan sangat dialu-alukan dan boleh menghubungi kami di alamat email STUFF iaitu stuffians@gmail.com. Akhir kata, renung2 kan dan selamat beramal..

~Ilmu Tanpa Amal Umpama Pohon Tidak Berbuah~

Monday, January 4, 2010

Welcome to STUFF's Family




Salam, selamat datang ke blog Student Facilitating Front (STUFF) atau dalam erti bahasanya Barisan Fasilitator Mahasiswa. Jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada ahli-ahli yang selama ini menyokong kami. Dengan kewujudan blog nie diharapkan agar dapat menjadi medium komunikasi antara kita. Sedikit pengenalan tentang penubuhan persatuan ini kepada ahli-ahli baru ialah, Student Facilitating Fronts, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini adalah merupakan sebuah persatuan yang berteraskan pemudah cara dan motivasi. persatuan ini ditubuhkan pada awal tahun 2001 dan dipengerusikan oleh abang Syed Jo.

Sehingga kini, pelbagai program telah berjaya kami anjurkan samada diperingkat universiti mahupun luar universiti. Antara program-program tersebut ialah Program Kecemerlangan Sri Ampang dan Program Sekolah Menengah Teknik Setapak. Selain daripada itu, kami juga berjaya melaksanakan program-program dalaman seperti, Sport Day, Anual Grand Dinner dan Family Day & Facilitating Skill Training Program (FAMSTRAP). Program-program bermanfaat seperti ini dapat melatih ahli-ahli kami agar menhadapai cabaran globalisasi mendatang disamping dapat berhibur. Diharap, pada masa akan datang, kami dapat menyediakan program-program yang lebih berkualiti dan berguna kepada ahli-ahli STUFF.


Diantara objektif-objektif persatuan ini yang hendak kami capai ialah:
  1. Bekerjasama dengan pihak universiti dalam menentukan hala tuju persatuan selain menitikberatkan nilai-nilai agama dan moral yang tinggi.
  2. Memberi peluang kepada mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkomunikasi dengan pihak universiti dan pihak lain seperti badan-badan pendidikan.
  3. Mengeratkan silaturrahim dikalangan mahasiswa dan pelajar.
  4. Mewujudkan ciri-ciri manusia yang berkebolehan, berdisplin dan berketrampilan tinggi.
  5. Menyediakan latihan-latihan kefasilitatoran kepada ahli-ahli persatuan agar lebih berilmu dan lebih bersedia dalam mendidik anak-anak bangsa.
  6. Membentuk nilai-nilai sahsian didalam diri ahli persatuan berlandaskan ajaran islam.
  7. Memperkukuhkan lagi nilai motivasi didalam diri mahasiswa dan pelajar.
Walaupun kita sebagai mahasiswa sibuk dengan bebanan pelajaran tetapi dengan menyertai persatuan STUFF kita boleh menimba ilmu yang tidak diajar didalam kelas. Semoga apa yang kita lakukan ini akan mendapat berkat keberuntungan. Akhir kata dari pihak kami, selamat datang ke keluarga STUFF.

~Ilmu Tanpa Amal Umpama Pohon Tidak Berbuah~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...