Wednesday, March 24, 2010

Final Exam !

Exam oh Exam...


Assalammulaikum W.b.t...
Alhamdulillah, saya berkesempatan men"updatekan blog ni"...buat sekian kalinya..tak tau pula bila berpeluang lagi...


Seperti kiter sedia maklum, mggu nie merupakan mggu exam bagi sesi semester 2 2009/2010.
Jadi, saya mewakili management board STUFF, ingin mengucapkan selamat berjaya kepada stuffians sumer...


Pertama sekali, kami ingin memohon maaf sekiranya ade melakukan kesalahan seperti menyakitkan hati, terkasar bahasa dan memungkiri janji...
Walaupun kiter tak sempat berjumpa dipenghujung sem ni, kami akhiri last aktiviti kali ini dengan memohon seribu kemaafan sebelum menghadapi exam...
Semoga Allah permudahkan segala urusan kiter semua...
Kita merancang dan Allah juga merancang, dan semestinya perancangan Allah adalah yang terbaik...


Untuk menjadi yang terbaik....Islam sendiri menyuruh umatnya berusaha dan bertawakkal kepada Allah..


Maka, dalam surah al-Mukminun..
Allah berfirman" Ssungguhnya berjayalah orang-oran yang beriman, yang khusyuk dalam solatnya"


Namun jangan kiter lupa untuk berusaha...
Sesunggunya Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum sekiranya kaum itu sendiri tak mengubahnya...


Ilmu tanpa amal....sia-sia
Amalan tanpa ilmu ....gila


Kat sini saya nak berkongsi sedikit ....
Semoga dapat membantu walaupun sikit...InsyaAllah..

Tuesday, March 9, 2010

Selangkah Ke Alam Remaja (SEKAR) SMK Bandar Putra


Program 'Selangkah Ke Alam Remaja' (SEKAR) telah dijalankan oleh Jawatankuasa Asrama SMK Bandar Putra, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKBP dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Persatuan Bachelor Ekonomi (BECS) dan Student Facilitating Front (STUFF), Universiti Islam Antarabangsa pada 5 - 7 Mac 2010 di Asrama SMK Bandar Putra. Seramai 230 penghuni asrama terlibat sebagai peserta program berkenaan. Seramai 40 orang mahasiswa UIAM daripada berbagai fakulti terlibat sebagai fasilitator.

Menurut Sdr Ariffin bin Abdul Latif yang bertindak sebagai Pengurus Projek SEKAR ini menyatakan bahawa program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penghuni-penghuni asrama sekolah ini berkaitan persediaan dan kesediaan pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Melalui tema "Menghadapi Cabaran Mendepani Impian" pelbagai aktiviti dilaksanakan seperti ceramah motivasi, aktiviti simulasi kumpulan, sesi perkongsian, permainan, riadah, persembahan kumpulanh dan lain-lain diharap dapat memberikan suntikan inspirasi kepada peserta untuk merealisasikan impian masing-masing.

Perasmian penutup program ini disempurnakan oleh En. Azman bin Adnan, Pengetua SMK Bandar Putra di Dewan Asrama SMK Bandar Putra. Menurut beliau, "Program seumpama ini diharap dapat memberikan impak yang besar khususnya kepada penghuni asrama sekolah ini dalam menghadapi cabaran untuk menjadikan impian menjadi pelajar yang cemerlang dapat dijadikan realiti. Program seumpama ini juga sebagahian daripada usaha pihak sekolah untuk memasyarakatkan sekolah dengan memberi ruang kepada pihak masyarakat seperti golongan mahasiswa universiti untuk berkongsi pengalaman dan input dengan pelajar-pelajar sekolah dan saya menganggap program selama 2 hari ini telah berjaya mencapai matlamatnya,".

artikel dari Laman Web Rasmi SMK Bandar Putra Kulaijaya

~Ilmu Tanpa Amal Umpama Pohon Tidak Berbuah~

Thursday, March 4, 2010

Budak STUFF Busy..

Salam semua..budak2 STUFF akan busy hujung minggu ini kerana mereka mempunyai 2 program sekolah untuk dihandle iaitu Program Lawatan Sambil Belajar iaitu Sekolah Kebangsaan Parit Melana dari Melaka pada 5 dan 6 Mac dan Program Selangkah Ke Alam Remaja (SEKAR) di Sekolah Bandar Putra, Kulai Jaya, dari Johor dan program SEKAR ini ada program yang bekerjasama dengan budak dari BECS (Bachelor Of Economic Society) pada 4,5,6 Mac, budak STUFF hanya akan menjadi Fasi dengan beberapa orang budak dari kuliyah ekonomi dan sebahagian besar komitee untuk Program SEKAR nie dari budak BECS..manakala program Lawatan Sambil Belajar yang diadakan di UIAM dikendalikan oleh budak2 STUFF sahaja.


Pada semua pembaca2 blog STUFF nie yang tertunggu2 update pasal STUFF Appreciation Night, harap bersabar kerana saya dalam proses menapis dan memilih gambar yang boleh dimasukkan dalam blog nie..kerana untuk pengetahuan semua gambar yang ada di tangan saya ada 200 lebih dah saya ingin memilih gambar yang sepatutnya diupload dalam blog nie..hehehe...tapi bagi yang tak sabar tu boleh intai2 gambar di facebook c atokk dia baru je upload gambar2 AGD dalam facebook dia..jadi diharap kepada semua budak2 STUFF yang teringin nak tahu pasal AGD tu dan gambar2 yang diambil diharap bersabar k..


Sebelum mengundurkan diri..saya ingin mengucapkan "GOOD LUCK" kepada semua budak2 STUFF yang akan terlibat dalam kedua2 program pada hujung minggu nie...sekian~


~
Ilmu Tanpa Amal Umpama Pohon Tidak Berbuah~

Monday, March 1, 2010

Ubat Hati

Assalamualaikum wbt...


Dalam kita mengharungi dunia pelajar, tidak lari dari segala suka, duka nestapa,
tensen assignment kena hantar, kalut examaround the corner dan macam-macam lagi. Terkadang kita terlupa pencipta kita yang telah mengatur segalanya yang terbaik untuk kita. Kepadanya tempat kita mengadu domba dan meluah segala isi hati kita. Sesungguhnya doa itu senjata untuk orang Muslim...=)

Dengan ini, saya hadirkan dengan beberapa doa dalam menghadapi imtihan di dunia ini. Kala mana, ditimpa rasa marah, ditimpa kesulitan, amalkan doa2 ini, dengan amalan ini, insya-Allah, kita tetap di landasan kebenaran jauh dari kesesatan. Jauh dari gangguan syaitan, musuh setiap insan.

1. Doa org yg mengalami kesulitan:

اللهم لا سهلَ إلاَّ ما جعلتَهُ سَهلا وأنت تَجعَلُ الحَزنَ إذا شِئتَ سهلا

Maksudnya: "ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yg Engkau mudahkan, sedang yang susah itu bisa Engkau mudahkan, apabila Engkau menghendakinya"


2. Doa ketika marah:

أعوذُ باللهِ من الشيطانِ الرجيمِ. اللهم اغفِرلِي ذَنبِي وأَذهِب غَيظَ قَلبِي وأَجِرنِي مِن الشَيطَانِ الرَّجِيم

Maksudnya: "aku berlindung diri dengan Allah dari syaitan yg terkutuk, ya Allah, ampunilah dosaku & hilangkanlah kepanasan hatiku & lepaskanlah aku dari syaitan yg terkutuk"

3. Doa memohon kesabaran:

اللهُمَّ أَفرِغ عَلَيناَ صَبراً وثَبِّت أَقدَامَناَ وانصُرنَا عَلَى القَومِ الكافرين

Maksudnya: "ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran atas kami & tetapkanlah pendirian kami & bantulah kami akan golongan yg mengingkari"
taken from MISI BLOG

~Ilmu Tanpa Amal Umpama Pohon Tidak Berbuah~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...