Monday, May 24, 2010

Kem Kempimpinan Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Indah

Bismillahi rahmanirrahim…Mabruk!!!
Syukur dipanjatkan kepada Pemilik Alam kerana membenarkan perancangan kami berjalan lancar. 9 Mei 2010, sehari selepas program Kem Waja Bestari, sekali lagi STUFF dijemput untuk mengendalikan Kem Kepimpinan Pengawas di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Indah.PM untuk program ini adalah Bro.Syahman,APM adalah Sis Iera .  
Rata-rata fasilitator dan committee adalah orang yang sama dalam mengendalikan program di TTDI Jaya. Seramai 80 orang pengawas yang terlibat sebagai peserta dan program bermula pada pukul 8.30pagi.
Kerjasama yang ditunjukkan semua ahli STUFF cukup mantap biarpun kepenatan semalam belum hilang. Tahniah dan setinggi-tinggi syabas buat semua yang terlibat, moga setiap seorang yang menyumbang tenaga dan masa mendapat pengalaman yang cukup berharga.
Tak lupa juga kepada warga sekolah memberikan sepenuh kepercayaan kepada kami mengendalikan program berkenaan. Sesungguhnya, kami (warga STUFF) cukup terharu dengan layanan yang diberikan. Syukron kathir…!
~Ilmu Tanpa Amal Umpama Pohon Tidak Berbuah~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...