Monday, May 24, 2010

Kem Waja Bestari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail Jaya

Assalamualaikum w.t.b…


Bismillah wa syukurillah...Tahniah…


Alhamdulillah, segala pujian hanya layak buat DIA, pentadbir segala perkara, yang mengizinkan program Kem Waja Bestari berjalan dengan lancar. Pada 8 Mei 2010 (Sabtu), kami berjaya bertolak seawal 6.45 pagi ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail Jaya (TTDI Jaya).

Seramai 200 peserta daripada tingkatan 1 dan 2 menyertai kem sehari tersebut. Segala kesulitan berjaya diharungi. Jutaan terima kasih buat semua yang terlibat dalam menjayakan kem tersebut, setiap titis peluh yang dihulur, sangat bermakna buat kami, moga Allah membalasnya…amiin…


Mabruk dan setinggi tahniah kepada semua warga STUFF yang terlibat bagi menjayakan program ini. Sesungguhnya, setiap seorang yang terlibat secara langsung jua tidak sangat bererti buat kami, warga STUFF. Hilang satu pincanglah segala perancangan. Terima kasih juga kepada pihak sekolah yang menjemput kami untuk mengendalikan program.

Moga diizinkan lagi untuk bekerjasama sesama kita (warga STUFF)…amiin, ukhuwah filLah, Abadan abada…
“…sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan…(sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran, disertai kemudahan.”
Al-Insyiraah : 5

~Ilmu Tanpa Amal Umpama Pohon Tidak Berbuah~

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...