Thursday, September 2, 2010

Grand Iftar ^-^

Assalamualaikum wtb...

Syukur kepada Ilahi kerana mengizinkan Grand Iftar STUFF berjalan dengan jayanya. Jutaan tahniah buat semua yang menjayakannya. Grand Iftar berlansung pada 26 Ogos yang lepas, pada pukul 6.30 petang. Dimulai dengan ayat suci Al- Quran (tadarus Quran beramai-ramai), kemudian berbuka puasa. Setelah menjamu kurma & air, semua stuffians yang hadir menunaikan sembahyang Magrib berjemaah bersama dengan Kelab Titian Wahyu. Setelah itu, dihidangkan dengan Nasi Beriani, buah-buahan dan sebagainya. Tidak hanya berakhir disitu, stuffians menunaikan solat Isya' berjemaah & tarawih di EDU LR6 & 7. Kemudian, ukhuwah itu dieratkan lagi dengan mass game kotak beracun dan bersurai. 























































































Alfun mabruk alaik buat semua committee yang terlibat, juga buat semua yang hadir menjayakan iftar. InsyAllah, iftar akan diadakan lagi jika diberi kesempatan. Moga uhkuwah yang ada berkekalan dan dipelihara sebaiknya. Selamat mencari Lailatulqadr dan didoakan semoga segala ibadah diterima, ameen. Selamat Hari Raya, maaf zahir batin. 
ALLAHu'alam, wassalam...
 ~Ilmu Tanpa Amal Umpama Pohon Tidak Berbuah~



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...