Friday, January 7, 2011

JOM Training!

Hai semua, salam satu malaysia!

Sepertimana yang anda semua sedia maklum STUFF akan membuat training SETIAP SELASA jam 830 hingga 1030 atau lebih. Jom kita ramai-ramai kosongkan jadual dan riuhkan EDU SQUARE, pedulikan awek anda yang ajak keluar dating, lupakan sementara asaimen² anda yang bertimbun dan kepada anda yang ada plan nak main futsal,DOTA,PES,COD:Black OPS atau mungkin anda sangat noob baru nak main pokemon Silver, tangguhkan semua ke malam besoknya kerana jika anda tidak hadir ke training anda yang rugi bukan saya. Ini bukan rugi main-main macam Dr.Rozmey tipu kamu semua tentang filem 2 alam, ini rugi die macam game dota tinggal +1 anda baru nak on pc owh no game dah full. Jika anda tak main Dota jangan risau banyak lagi anologi lain yang saya boleh ibaratkan sebagai contoh rugi macam anda tak dapat tengok Maher Zain datang UIA tempoh hari sebab tiket dah habis. Jangan putar belit ayat saya ckp maher zain datang training STUFF pula, nanti tak pasal-pasal kena lepuk dengan selipar. Itu andaian. Cakap banyak pun tak guna, nah sedikit teaser poster untuk training berserta quote yang amat mendalam maksudnya. Tak perlu pakai diving suit untuk menyelami maksud quote tu, cukuplah dengan anda baca dan renung seketika maksud quote itu untuk digunapakai semasa training nanti.

klik untuk size yang lebih besar

Jumpa di sana!

Ps : Pakaian bebas asalkan menutup aurat. Tolong jangan mesej tanya boleh tak kalau nak pakai swimming suit ke training nanti, anda dah besar pandai-pandailah fikir sendiri.

Pps: Sebarang pertanyaan tentang training bolehlah hubungi 0132535889-Arham atau 0132475212-Linda, jangan hubungi kami kalau tujuan anda untuk berkenalan atau hanya nak suroh kami teman anda kesunyian.




5 comments:

  1. okey.dh tw sape yg taip ni. haha.anyway,jemput dtg training everyone!

    ReplyDelete
  2. sape yg wat entry nie???lawak la bace..n best..hehehehe

    ReplyDelete
  3. yang byk muka dia ngan budak2 tu....
    haa..
    mmg anda orangnya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...