Monday, February 28, 2011

Athens (HRD) VS Sparta (RND) 2011



Al kisah setelah sibuk bertungkus lumus mengerah peluh bagaikan there’s no tomorrow, biro RND and HRD sempat juga organize group binding walaupun masih ada yang sibuk dengan mid term exam. As usual, event yang dijalankan bertempat di Edu Square pada pukul 8 bersamaan 18 Februari 2011. Oh yeah, sepatutnya pukul 8 tapi sudah menjadi lumrah seorang pelajar terlewat sikit. Maklumlah, some of them ada yang baru habis kelas pukul 7 dan etc. Next time, late comers patut dikenakan denda. Baru syok! Haha.

Oh anyways, malam tu kita boleh nampak obvious division of groups. Dimana, ahli biro RND semua berpakaian serba biru whereas, HRD serba merah bagaikan Red Devils. Senang cita, ahli RND malam tu nampak lebih angelic la kalau nak dibandingkan dengan HRD. Okay, enough digressing.

Wednesday, February 16, 2011

Antara Pegang Awek & Pegang Anjing

Kebanyakan ‘peel’ orang Islam di negara kita ni pelik dan saya tak nafikan yang mungkin saya sendiri tergolong dikalangan umat-umat yang pelik dan keliru ni. Bukan sahaja keliru tentang dosa pahala malah kita sering terlupa atau mungkin sengaja tak pandang mana satu dosa yang lebih berat disebabkan kebiasaan yang dah lama terjajah dalam benak pemikiran hingga wujudnya kejahilan tanpa disedari.


Kalau tak faham bacalah satu contoh pada perbualan dua makhluk ni:

LEMBUHai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
ANJINGAku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : eh? kenapa?

Sunday, February 13, 2011

Another weekend jokes :D

 Moments after 5 years of marriage :D


1)Wife: 'What are you doing?'
  Husband: Nothing.
  Wife: 'Nothing...? You've been reading our marriage    certificate for an hour.'
   Husband: 'I was looking for the expiration date.'


2)Wife : 'Do you want dinner?'
    Husband: 'Sure! What are my choices?'
    Wife: 'Yes or no.'


3)Wife: 'You always carry my photo in your wallet.. Why?'
    Hubby: 'When there is a problem, no matter how great, I look at your picture and the problem disappears.'
    Wife: 'You see how miraculous and powerful I am for you?'
    Hubby: 'Yes! I see your picture and ask myself what other problem can there be greater than this one?'


p/s : dont try this at home, in the car, or anywhere if ur wife is just next to you. sorang2 takpe

credit to few joke websites ;D

Saturday, February 12, 2011

HARI KEKASIH - LALUAN KEMUNGKARAN

Menjelang bulan Februari, pasti ramai anak-anak muda yang sedang hangat dilamun cinta tidak sabar untuk meraikan ketibaan Hari Kekasih atau Valentine's Day yang jatuh pada tanggal 14 Februari. Bahangnya makin terasa.Kita boleh lihat banyak iklan, promosi dan tawaran hebat diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kekasih. Bukan itu sahaja, lebih menarik lagi, pelbagai filem berunsur romance dihidangkan sepanjang bulan kekasih ini buat santapan si pencinta bagi menghangatkan lagi suasana bersama pasangan masing-masing.
Namun begitu, dalam sedar atau tidak, kita boleh lihat bukan sahaja masyarakat bukan Islam yang menyambut Hari Kekasih, malah umat Islam juga turut sama meraikan perayaan tersebut walaupun hari yang diraikan tidak terdapat dalam ajaran Islam.
Melihat pada fenomena ini, sambutan Hari Kekasih semakin mendapat sambutan dalam kalangan umat Islam khususnya golongan remaja. Lebih menyedihkan lagi, terdapat segelintir daripada mereka yang bertindak di luar batasan sehingga menimbulkan masalah sosial dalam masyarakat. Berlakunya perbuatan-perbuatan tidak bermoral seperti zina, minum arak, menghidu gam, menghisap ganja dan dadah secara tidak langsung mencerminkan keperibadian yang bobrok dalam kalangan remaja dan memberi gambaran negatif terhadap golongan remaja, dari segi agama dan negara, keluarga dan generasi yang akan datang.

Wednesday, February 9, 2011

Berbagai jenis golongan manusia pada Hari Kebangkitan..


Assalamualaikum..
Kabare kwn2?
Arap2 sehat r no..
Dah solat blom?
ha.. kalau bl0m, g solat dulu pastu smbung on9..

Entri kali nie nk bg peringatan utk suma stuffians & sesiapa saja yg sudi baca blog STUFF nie..
Nk share sikit la pa yg baru saya bca..
Jom renung2kan tp jgn lupa beramal..

Tuesday, February 8, 2011

STUFF 10th Year Anniversary : Request for Donation


Student Facilitating Front atau lebih dikenali sebagai STUFF merupakan satu pertubuhan fasilitator di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kelab ini mula ditubuhkan pada 18 Jun 2001 dan sehingga hari ini telah melahirkan ramai insan yang mampu tampil ke hadapan dan bertanggungjawab selaku seorang pemimpin. Pada tahun ini, telah genap 10 tahun kelab STUFF ditubuhkan dan telah ramai ahli-ahli dan bekas-bekas ahli bergelar pemimpin berjaya dihasilkan.
Sehubungan dengan itu, satu sambutan akan diadakan bagi meraikan 10 tahun yg gilang gemilang ini. Majlis ini akan diadakan serentak dengan Annual Grand Dinner STUFF yang dilakukan setiap tahun bagi menghargai usaha-usaha ahli-ahli STUFF yang sedia ada serta ahli-ahli yang bakal meninggalkan kelab ini tidak lama lagi. Gabungan dua temasya pada satu majlis ini diharapkan dapat dijalankan dengan penuh jaya dan meriah sekali bagi mengimbau kembali memori-memori pahit dan manis kepada bekas-bekas ahli STUFF dan termasuk juga kepada ahli STUFF yang sedia ada.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...