Wednesday, February 16, 2011

Antara Pegang Awek & Pegang Anjing

Kebanyakan ‘peel’ orang Islam di negara kita ni pelik dan saya tak nafikan yang mungkin saya sendiri tergolong dikalangan umat-umat yang pelik dan keliru ni. Bukan sahaja keliru tentang dosa pahala malah kita sering terlupa atau mungkin sengaja tak pandang mana satu dosa yang lebih berat disebabkan kebiasaan yang dah lama terjajah dalam benak pemikiran hingga wujudnya kejahilan tanpa disedari.


Kalau tak faham bacalah satu contoh pada perbualan dua makhluk ni:

LEMBUHai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
ANJINGAku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : eh? kenapa?
ANJINGaku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata “hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!”.
LEMBUYa, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.
ANJINGKalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?
LEMBUBetul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.
ANJINGWah.. ayat ko memang power la… manusia kena ubah pepatah “Pandai macam LEMBU”

Amacam? Paham sekarang? Bukanke orang kita ramai macam ni..kalau bab anjing atau lebih-lebih lagi babi@khinzir bukan main najis pada kita tapi perbuatan seharian yang selalu dosanya lebih teruk dari soal sentuh anjing dan babi sikit pun kita tak heran. Tak pelik ke?

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) antara bukan muhrim adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Nabi pesan, sentuh kulit babi yang berdarah tu lebih baik daripada kita sentuh kulit orang yang bukan muhrim kita. Babi tu sehina-hina makhluk pada pandangan kita, orang Islam. Rupa-rupanya, ada lagi yang lebih hina daripada itu. Orang yang membiarkan dirinya disentuh oleh orang yang bukan muhrim lebih hina daripada babi. Erk!Itu asas pengetahuan dan pengamalan dalam Islam. Mudah saja. Jangan sentuh orang yang bukan muhrim. Jika garis pandu asas ini tidak dipatuhi dan suruhan Tuhan dizalimi, itu yang bermulanya benda-benda lain yang diluar kawalan kita.

Benda ni dah lama dan terus-terusan berlaku. Semuanya bergantung pada keyakinan kita pada Tuhan. Yakin, bukan setakat percaya. Kita semua percaya Tuhan itu ada. Tapi kita benar-benar yakinkah yang Tuhan itu ada? Kiranya jawapannya ya, kita akan akui dan geruni segala kekuasaan-Nya. Kita akan turuti setiap kemahuannya dan tinggalkan larangan-Nya.
Wallahu'alam..;)

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...