Monday, March 11, 2013

STUFF'S SPORT DAY 2013

Assalamua'laikum...

       Sekali lagi program dalaman STUFF, Sport Day telah berjaya dijalankan dengan jayanya. Di bawah bimbingan Nur Adlin Hanisah sebagai pengarah projek, program kali ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah besar.

Maklumat program adalah seperti berikut:
TEMPAT
Padang Mahallah Ali

TARIKH
10 Mac 2013

MASA
8.00am - 1.00pm

       Para peserta telah dibahagikan kepada enam kumpulan, masing2 mewakili warna2 unik yang tersendiri. Ada kumpulan kuning, kumpulan merah, kumpulan biru, kumpulan hijau, kumpulan ungu dan kumpulan biru kuning. Untuk mengukuhkan lagi semangat kerjasama antara ahli kumpulan di samping semangat perpaduan, setiap kumpulan mempunyai 'cheer' atau sorakan 'penggempur semangat' yang unggul lagi tersendiri. Sepanjang suku hari program berlangsung, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan. Antaranya, termasuklah  bowling kepala kelapa, semakin jauh semakin rindu sayang, passing bawa getah menggunakan straw, isi air dalam kolah botol.

      Di samping aktiviti2 lasak suka ria seperti yang disebutkan, para peserta juga diajar 'trademark' istimewa STUFF iaitu tepukan berhenti 'break clap' oleh 'otai'2 STUFF seperti abang Balqini. Kebanyakan peserta berjaya mengikuti rentak tepukan sehingga tahap sepuluh. Syabas diucapkan.

       Tidak molek rasanya jika nukilan ini tidak disertakan bersama dengan ole2. Oleh itu, mari bersama kita saksikan...

Kumpulan Biru Kuning dengan gaya membelai kepala kucing imaginasi

Bowling kepala kelapa..gelek2

Kumpulan Hijau dengan gaya tmbuk belacan

Isi air dalam kolah botol

Passing jangan tak passing

Penentuan markah oleh para juri yang bijaksana

Tiup sampai terbang

Frust menonggeng

Kumpulan Biru dengan gaya senyum habis comel

Berakhir dengan makan2

Sampai sini saja nukilan ini..Semoga bertemu lagi...

-~-ILMU TANPA AMAL UMPAMA POHON TIDAK BERBUAH-~-
 

Monday, March 4, 2013

BOOTH DAY SEM 2, 2012/2013!!


Assalamualaikum semua!
Entri kali ini berkaitan dengan program "BOOTH FOR NEW MEMBER'S REGISTRATION"  yang baru sahaja selesai dikendalikan oleh biro 'information & publication' dengan bantuan biro 'welfare'..  Alhamdulillah.. dengan kerjasama dari semua pihak, program ini berjalan dengan lancar sekali!! fuhhhh... kali ni seramai 108 orang yang mendaftarkan diri .. ramai tuuu... tapi yang berjaya terpilih hanya seramai 64orang sahaja.. apa2 pun tahniah buat kalian semua!! :)

INFO PROGRAM
Tarikh: 13-15 februari 2013
Masa: 8.00pagi-5.00petang
Tempat: ITD Foyer

yeahhh... this is our booth!! comel dak? >.<

renew membership mungkin.... 

ni la mascot STUFF! encik moon.c! 

 serious beno muka interviewer! =.='

 pm with one of the candidates!! SMILE~

 sesi interview bersama CHE DI pulak!!

menanti giliran utk di'interview'...

our new members!

committee members yg gigih turun padang! caya la... haha

sekian sahaja untuk entri kali ini.. 
hope you guys like it! peace yo...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...