Monday, November 4, 2013

Leadership Development Training (LDT)


Salam. Apa khabar semua? Harap-harap semua sihat seadanya.


Entri kali ini berkisar tentang salah satu perubahan besar dalam Student Facilitating Front (STUFF) IIUM. Untuk pengetahuan semua, pembangunan modal insan sangat dititik beratkan dalam STUFF. Memandangkan kaedah latihan mingguan STUFF yang lebih terarah kepada pembangunan seorang fasilitator, bermula Semester 1 2013/2014, STUFF telah memperkenalkan satu modul latihan baru bagi melatih daya kepimpinan ahli-ahli STUFF.

Modul ini dinamakan sebagai Leadership Development Training (LDT), dimana latihan di dalam modul ini lebih kepada pembangunan modal insan, kepimpinan, dan motivasi. Terdapat 5 elemen yang menjadi fokus utama modul ini bagi mencapai matlamat yang ditentukan tadi:

1) Visi, Misi, & Nilai (Matlamat hidup)
2) Potensi diri
3) Keyakinan diri
4) Pemikiran secara kritikal
5) Kerjasama dalam kumpulan

Untuk makluman, bagi menjayakan LDT ini, satu pasukan pelatih telah dipilih daripada kalangan ahli-ahli STUFF yang mempunyai pengalaman yang tinggi. Pasukan ini diberi nama sebagai STUFF Official Trainer (S.O.T). Pasukan ini terdiri daripada 20 orang yang berkemampuan tinggi, dan dipilih bagi melatih ahli-ahli STUFF yang lain untuk menjadi seorang pemimpin yang hebat.

Kesemua modul latihan LDT ini direka sendiri oleh ahli-ahli S.O.T dan sememangnya modul latihan ini berlainan daripada modul latihan mingguan STUFF sebelum ini. Modul-modul LDT ini memberi penekanan terhadap kesedaran diri peserta latihan. Setiap latihan LDT mempunyai elemen kepimpinan yang berbeza.

Pendek kata, andai kata terlepas satu maka melepaaaassssss laaaa...

So, apa lagi? Jom turun training STUFF!!!

********************************
Sekian, love you STUFFians!!!
********************************

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...