Saturday, October 21, 2017

Booth Stuff Sem 1, 2017/2018

Assalamualaikum semua! Alhamdulillah, program pembuka tirai pada semester ini yakni pendaftaran ahli baru (baca booth registration & recruitment) telah berjaya dijalankan dengan jayanya. Program ini telah diadakan pada tarikh 26-27 September yang lalu, bertempat di bahagian kaki lima Information and Technology Division (ITD) IIUM.


   Booth yang dibuka selama dua hari ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dengan jumlah ahli baru yang mendaftar seramai 200 orang! tepuk tangan. Sedikit makluman, seramai 32 orang brothers dari pelbagai kuliyyah telah menyertai kelab kita manakala berbaki 168 orang adalah sisters. tangan dibahu mata ke atas. Kemanakah perginya brothers di dalam uiam ini? allahu.

   Selesai sahaja program ini, kesemua ahli baru ini telah dipecahkan masuk ke dalam biro masing-masing mengikut pilihan mereka di atas kertas borang keahlian. Dari sini sehinggalah kepada penyeimbangan bilangan ahli setiap biro dikendalikan sepenuhnya oleh mainboard STUFF IIUM. Konsepnya begini, setiap Head dan Assistant Head akan bertanya kepada semua ahli lama untuk memperbaharui keahlian mereka. Ini adalah kerana kelab STUFF IIUM menggunakan konsep pembaharuan keahlian mengikut semester. Setiap semester kesemua ahli termasuklah barisan mainboard dikehendaki membayar yuran keahlian sekadar RM 5 sahaja. Ini bagi memastikan mereka kekal aktif dan layak untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kelab, dan juga menikmati kelebihan menjadi ahli rasmi. Duit yuran ini jugalah yang digunakan untuk menampung kos pembelian refreshment ketika training mingguan, dan juga untuk program-program yang akan dijalankan. Ini adalah kerana dana yang diperuntukkan oleh STUDENT AFFAIRS AND DEVELOPMENT DIVISION( STADD)  hanya cukup-cukup sahaja setelah dipecahkan mengikut program bagi anjuran tempoh masa setahun.

   Alhamdulillah, setelah selesai proses penyeimbangan dan pengiraan semula semua ahli, jumlah terkini ahli kelab STUFF IIUM adalah seramai 450 orang. Tepukan gemuruh!. Manakala secara puratanya setiap biro terdiri daripada 75 orang ahli, dikawal selia dua orang wakil mainboard yang mesra dengan panggilan Head dan Assistant Head biro masing-masing.

   Semoga dengan pertambahan ahli-ahli baru ini akan memeriahkan lagi suasana keluarge besar STUFF IIUM kita, dan mengekalkan lagi objektif utama kelab kita. Pembangunan karakter diri dan berbakti kepada masyarakat Malaysia. Selamat datang semua! senyum lebar

committees registration and recruitment booth


our vice president 1 and financial controller 1







Thursday, October 5, 2017

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SMK Methodist (ACS) Setiawan

Pada tarikh 7 Julai sehingga 9 Julai 2017 yang lalu, kelab Student Facilitating Front (STUFF) telah menghantar sepasukan ahli ke Chalet Kenangan Pak Man Teluk Batik, yang bertempat di Lumut, Perak.

Program perkhemahan perdana ini merupakan sebuah program yang telah dirancang oleh pihak sekolah dengan bertujuan untuk melatih sikap kepimpinan pelajar di samping dapat membentuk sikap dan peribadi yang terpuji dalam diri pelajar itu sendiri.

Para pelajar di sekolah ini juga terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Oleh itu, pihak sekolah telah mengambil satu inisiatif untuk mengeratkan hubungan antara para pelajar selain daripada melatih mereka agar mampu untuk bekerjasama walaupun dengan mereka yang berlainan bangsa dan agama.

Objektif perkhemahan ini merupakan satu tindakan yang bijak melihat kepada realiti rakyat Malaysia itu sendiri yang terdiri daripada rakyat berbilang bangsa, kaum dan agama.

Antara modul yang dijalankan juga menekankan tema kerjasama antara para peserta seperti modul straw tower di mana mereka perlu membina sebuah menara dengan menggunakan straw. Modul ini bertujuan untuk melatih sikap saling membantu antara satu sama lain dan menunjukkan bahawa setiap ahli dalam kumpulan perlu terlibat sama dalam proses membina menara tersebut.

Dalam konteks kehidupan yang sebenar, kalau hendak mengambil contoh negara tercinta ini sendiri, Malaysia, merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa. Kalau hendak dikira jumlah sebenar seluruh kaum dan etnik yang ada di Malaysia, mungkin boleh mencecah angka ratusan, malahan lebih dari itu.

Walaupun hidup dengan masyarakat yang pelbagai, Malaysia mampu untuk terus mencapai kemajuan hasil semua kaum dan rakyat berganding-bahu untuk terus menyumbang kepada negara.

Akhir kata, semoga objektif serta matlamat pihak sekolah untuk menyatukan para pelajar walaupun berbilang bangsa, kaum dan agama berjaya membuahkan hasil dan semoga kita terus memupuk semangat kerjasam dalam apa jua situasi pada masa akan datang.

Bak kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!






Bersemangat waja Chief Fasilitator !



Barisan fasilitator 












-ILMU TANPA AMAL UMPAMA POHON TIDAK BERBUAH-







Wednesday, October 4, 2017

STUFF Ukhuwah and Induction Training (SUIT) semester 1, 2017/2018

   


   Pada 29 september hingga 30 september 2017 yang lalu telah berlangsungnya program STUFF Ukhuwah and Induction Training (SUIT) dibawah kendalian ahli-ahli kelab Student Facilitating Front (STUFF) IIUM. Program ini telah dilaksanakan di kawasan sekitar kampus indah UIAM, Gombak.

   Objektif utama program SUIT adalah untuk memperkenalkan sejarah dan perihal kelab kepada ahli-ahli baharu yang baru mendaftar masuk pada semester kali ini. Selain itu, SUIT dijadikan medan untuk barisan mainboard meluangkan masa dan membina hubungan akrab dengan ahli-ahli kelab. Hal ini kerana kesemua barisan mainboard turut mengambil di dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Berperwatakan seolah-olah ahli biasa dan baru mendaftar, barisan mainboard berjaya membuatkan para ahli baharu selesa dengan keberadaan mereka. Program ini juga dijayakan dengan  cemerlang hasil pimpinan saudara Azim yang lebih mesra dengan panggilan Ajay daripada biro Energizer Module (EM) sambil dibantu saudari Aini daripada biro Discipline,Commitment and Welfare (DCW).

   Sepanjang dua hari penganjurannya, para peserta dihidangkan dengan pelbagai aktiviti berasaskan module dan objektif tertentu. SUIT dimulakan dengan aktiviti Ice Breaking dan group formation pada jumaat malam bertempat di Edu Square, Kuliyyah of Education (KOED). Aktiviti ice breaking diserikan dengan permainan musical bomb dan juga pembinaan menrara daripada straw. Permainan musical bomb saya kira sangat menyeronokkan kerana setiap kumpulan akan menyanyi sebelum menyerang pasukan lain. Tambahan pula, setiap pusingan telah ditetapkan dengan tema-tema tertentu bagi lagu yang perlu dinyanyikan. Kesudahannya, pelbagai genre lagu memenuhi ruang udara Edu square!

   Hari kedua, para peserta telah berkumpul seawal jam 8 pagi di KOED untuk bersarapan sebelum memulakan permainan Explorace. Explorace yang melibatkan 5 buah checkpoint ini meliputi kawasan di sekitar International Cultural Center (ICC) sehinggalah ke Masjid Sultan Haji Ahmad Shah dan tidak ketinggalan bangunan E0 kuliyyah of Engineering. Pelbagai permainan telah disusun dan disediakan oleh para komiti baca committee menguji peserta dari segenap aspek. Jujur saya katakan ada checkpoint yang sangat annoying! Tetapi kami terima sahaja seadanya sebagai ujian menjadi fasilitator. gelak redho.

   Jam 12 tengahari, berakhirlah program SUIT semester ini dengan juara explorace digondol oleh pasukan T-rex dan diikuti Cutie Bunny serta pasukan ular berbisa. Para peserta dijamu dengan nasi lemak lebihan sarapan dan hirupan air kordial dingin, nikmat. Alhamdulillah, program kali ini berlangsung dengan lancar dan baik.

   Harapannya semua ahli STUFF baik yang lama mahupun baharu mendapat input dan pengisian daripada program berdurasi 2 hari 1 malam ini. Sehingga kita berjumpa di lagi di edisi akan datang, Assalamualaikum!

Galeri gamba












Bengkel Teknik Belajar SMK Sungai Kertas

Bengkel Teknik Belajar merupakan sebuah program yang telah dianjurkan oleh STUFF IIUM bertarikh 27 dan 28 April dan bertempat di SMK Sungai Kertas.

Program ini bertujuan untuk melatih para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan dengan pelbagai teknik belajar dan juga melatih daya kreativiti mereka. Program ini menekankan pelbagai variasi modul yang telah diubah-suai mengikut kesesuaian dan keperluan pelajar. 

Seperti yang dapat dilihat melalui program ini, target pelajar yang menyertai bengkel ini merupakan pelajar tingkatan empat dan lima yang merupakan calon untuk menduduki peperiksaan SPM.

Modul-modul yang dijalankan bersama pelajar juga telah di'improvise' agar bersesuaian dengan konsep suasana pembelajaran yang santai. Pelajar tidak terikat dengan suasana pembelajaran dalam kelas yang memerlukan seratus-peratus tumpuan dan sepenuh perhatian.

Sebaliknya, para fasilitator cuba untuk mewujudkan modul-modul yang dapat membantu sedikit-sebanyak dalam persediaan mereka untuk menghadapai peperiksaan.

Antara modul yang dilakukan melibatkan latihan subjek Bahasa Melayu iaitu modul yang melibatkan akronim. Selain itu, ingatan dan memori para pelajar turut diuji melalui modul yang dinamakan 'Memory Lane'. Antara kemahiran utama yang perlu dimiliki oleh pelajar yang mengambil peperiksaan di tahap sekolah menengah adalah ingatan yang kuat di samping kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif.

Cabaran yang perlu diterokai serta dihadapi oleh setiap generasi adalah berbeza. Dan seiring dengan perkembangan pesat dunia zaman kini, pelajar-pelajar sekarang perlu lebih berfikiran kritis supaya tidak akan tenggelam dalam arus kemodenan dunia hari ini.











Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pihak sekolah SMK Sungai Kertas yang sudi menerima kehadiran kami, para pelajar yang terlibat dengan Bengkel Teknik Belajar SMK Sungai Kertas serta tidak lupa semua fasilitator yang bertungkus-lumus untuk menjayakan program ini.

Moga setiap ilmu yang dikongsikan itu dapat diambil iktibar serta pengajaran dan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Sebaik-baik manusia adalah mereka yang berilmu, dan mengajarkan ilmu itu kepada orang lain. Semoga adik-adik yang bakal menduduki SPM 2017 akan beroleh kejayaan yang cemerlang!





-ILMU TANPA AMAL UMPAMA POHON TIDAK BERBUAH-




Thursday, July 13, 2017

Training STUFF Sem 2, 2016/2017


Bismillahirrahmanirrahim~

Seperti yang kita semua sudah maklum, Student Facilitating Front atau lebih dikenali sebagai STUFF merupakan sebuah kelab yang membentuk serta melatih ahli2 nya untuk menjadi mahasiswa yang bukan sahaja fokus kepada akademik, bahkan turut aktif melibatkan diri sebagai seorang fasilitator yang berkebolehan, berdisiplin, serta sentiasa bersedia dan mampu untuk  mendidik anak-anak bangsa  

Bak kata orang, usaha tangga kejayaan. Untuk menjadi seorang yang berpengetahuan luas serta mempunyai ilmu sebagai seorang fasilitator dan juga cara untuk mengendalikan sesuatu modul itu, tak boleh dicapai dengan masa yang singkat. 

Oleh itu, STUFF telah mengambil inisiatif untuk melatih ahli2 nya mengendalikan cara pelaksanaan sesuatu program melalui training mingguan STUFF. 

Training ni dijalankan setiap minggu (semester panjang sahaja) dan setiap biro dlm STUFF akan bergilir-gilir untuk handle training tersebut. Setiap training ada tema yang berbeza dan aktiviti yang dilakukan dlm training merangkumi aspek2 penting dalam sesebuah program. Antaranya ialah modul utk kumpulan (group module), energizer, ice breaking, dan juga mass module.

Walaupun training ini cuma melibatkan ahli2 STUFF yang lain sebagai peserta, biro yg bertanggungjawab utk mggu itu perlu melaksanakan training seperti mereka sedang mengendalikan prog yg sebenar. Selain drpd pelaksanaan modul, ada juga emcee yang akan memulakan majlis, dan sebelum training berakhir, ada sesi tazkirah dan perkongsian.

Lepas dah selesai keenam-enam biro handle training, satu training khas yg dikendalikan oleh 'OTAI', dan dipanggil OTAI TRAINING. Mereka yg digelar OTAI ini merupakan bekas2 presiden STUFF bersama 'current president' akan mengendalikan training tersebut.

Practice makes perfect.

Untuk mencapai suatu kesempurnaan, perlu ada banyak latihan, dan juga 'try and error'. Kesilapan tu kadang tak dapat nak elak, sebab hakikatnya kita cuma manusia biasa. Tapi selagi mana kita diberi peluang utk menggalas suatu tanggungjawab, kita mestilah berikan yang terbaik, supaya takkan ada penyesalan utk masa akan datang.

Jadi, utk anda2 yang masih belum mendaftar utk menjadi sebahagian drpd S.T.U.F.F. (Super Talented Ultimate Fantastic Family), jangan lepaskan peluang utk menyertai aktiviti2 menarik dalam STUFF. 

Dan kpd ahli2 STUFF, jangan lupa turun training setiap minggu untuk sama2 menyokong sahabat2 kita selain dpt meraih pengalaman utk diri sendiri. 

Sampai berjumpa lagi pada semester panjang akan datang! 





















-ILMU TANPA AMAL UMPAMA POHON TIDAK BERBUAH-


Thursday, June 29, 2017

Eid Mubarak! Syawal Dirai, Ramadhan Dirindui.

Bismillahirrahmanirrahim~






Assalamualaikum, apa khabar semua!

Sedar tak sedar, kita sudah memasuki Syawal yang kelima. Terasa pantas sungguh masa berlalu pada tahun ini. Macam baru semalam melangkah ke masjid untuk sama2 menunaikan solat terawih pada malam pertama, dan sekarang kita sudah pun memasuki bulan Syawal, bulan yang sinonim dengan meraikan kemenangan serta kejayaan umat Islam yang berjaya menghabiskan sebulan ibadah berpuasa dalam bulan Ramadhan.

Sesi short semester akan bermula tak lama lagi. Ada antara kita yang akan kembali ke UIA untuk short sem, ada pula yang menghabiskan cuti 3 bulan di rumah, dan ada juga yang sedang ber'intern' sekarang. Mungkin ada juga antara sahabat kita yang sudah kembali ke pejabat sekarang, di saat orang lain masih enak beraya. Bak kata orang, raya kan sebulan.

Walau di mana pun kita berada, jadikanlah Ramdhan yang lalu sebagai suatu teladan dan semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah.

Selamat meraikan Syawal, namun usahlah dilupakan Ramdhan. Sebab kita takkan tahu adakah kita mampu untuk bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang. Semoga Ramadhan yang lalu memberi keberkatan dan Syawal yang tiba membawa erti kesyukuran.

Kami menyusun sepuluh jari, memohon ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki, andainya sepanjang kita berkenalan, ada tersilap kata, tersalah laku, terlepas bicara, hingga mengguris hati, jiwa dan perasaan.


Dari bandar pulang ke kampung,
Indah terbayang hari nan suci,
Dari STUFF gurau maaf bersambung,
Kami ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri! 🎇




-ILMU TANPA AMAL UMPAMA POHON TIDAK BERBUAH-


STUFF SPORTS DAY 2017

Pada tanggal 6/5 2017 yang lalu, STUFF telah berjaya menganjurkan sebuah event yang dikenali sebagai Stuff Sports Day. Hari Sukan ini bertempat di padang Ali dan mengumpulkan seramai kira-kira 130 ahli STUFF sebagai peserta.

Seawal jam 8 pagi, peserta mula hadir untuk acara Sports Day ini. Sementara menunggu rakan-rakan yang lain, ahli2 STUFF yang sudah tiba membuat pendaftaran bersama komiti. Mereka diberikan roti, air serta button badge bersempena STUFF Sports Day ini.

Barisan komiti STUFF SPORTS DAY 2017


Perbarisan sebelum memulakan sesi memanaskan badan



Sesi memanaskan badan



#nagamerah

#helanghijau

#sapphireblue

#kuning d'royale


sesi persembahan cheers daripada rumah2 sukan




acara lari dalam guni


yang lemah semangat mohon tutup mata:-)


Tiup sampai dapat!!


Acara mencari gula2 dalam tepung



Apalah agaknya yang cik akak ni tak puas hati ye:)


acara sampingan: bermain bola sepak menggunakan bola tampar

tiup sampai kembung perut:-)


demi mencari mata tambahan, acara sampingan meniup belon sampai pecah


Walau apa cabaran, sanggup kuhadapi

perebutan bola untuk acara dodge ball

acara dodge ball


Jejaka2 mempertaruhkan jiwa dan raga 
utk menang

Takkan dibiarkan begitu saja

Tergantung namun tak menarik tali

Acara kemuncak STUFF Sports Day 2017:
Tarik Tali


Indah bersatu lagu dan irama,
Menghibur hati saat kesepian,
Suka dan duka dilalui bersama,
Moga ukhuwah terus berkekalan.




Jutaan terima kasih kepada semua ahli STUFF yang terlibat sama ada sebagai komiti atau peserta dalam menjayakan STUFF SPORTS DAY ini.

Tidak dilupakan advisor STUFF, Madam Ros Aniza yang sudi meluangkan masa untuk hadir dan juga para alumni yang sudi untuk datang memeriahkan lagi acara SPORTS DAY ini.

Tahniah juga diucapkan kepada pasukan rumah kuning (Kuning d'Royale) kerana menjuarai hari sukan STUFF kali ini dan kepada rumah2 lain yang tidak berjaya, jangan bersedih, sebab menang dan kalah itu adat permainan. Kita boleh usaha lagi untuk Sports Day yang akan datang. 

Semoga program ini dapat membawa manfaat dan kebaikan terhadap diri dalam apa jua bentuk sekalipun.






Link2 untuk gambar STUFF Sports Day '17:

1) https://drive.google.com/drive/folders/0B7Akcb9Ph7UwTDdfM0E2azRJMnM
2) https://drive.google.com/drive/folders/0B0tNGuJZHRCMdjR1QklTb1lCVWs



-ILMU TANPA AMAL UMPAMA POHON TIDAK BERBUAH-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...