Monday, February 13, 2017

Pendaftaran Ahli Baru Sem 2, 2016/2017

Assalamualaikum W.B.T


Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T pada tahun 2017, STUFF berpeluang untuk merekrut ahli baru bagi menambahkan lagi bakal fasilitator yang hebat dan berjaya pada masa akan datang. Ahli-ahli STUFF yang diketuai oleh Aliff Huqzaifi telah bertungkus lumus membuat persediaan bagi merekrut ahli baru dengan menghias booth, membuat poster dan sebagainya.

Maklumat tentang booth adalah seperti yang tertera dibawah:
Tarikh :  6-7 Februari 2017
Masa  : 8.30 A.M – 5.00 P.M
Tempat : ITD Foyer


Poster booth untuk sem ini. Cantik sangat!


Sehari sebelum hari kejadian, para komiti telah pun memulakan gerak kerja mereka dengan menghias booth untuk menarik perhatian pelajar-pelajar yang akan singgah ke booth kami pada hari kejadian. Seperti yang tertera di poster, tema untuk booth STUFF kali ini adalah media social.






Antara hiasan yang terdapat di booth STUFF



Orang selalu kata,
‘tak kenal maka tak cinta’. Versi yang selalu budak UIA gunakan pula,
‘tak kenal, maka taaruf’.

Kalau di UIA, CFS IIUM, (baca: Pusat Asasi UIA), merupakan Gateway to the Garden of Knowledge and Virtues (baca:  Pintu kepada Taman Ilmu dan Budi), maka booth STUFF merupakan pintu masuk kepada STUFF itu sendiri.

Ahli STUFF yang bertugas di booth akan mempromosikan kelab STUFF dengan mengedarkan handbill yang disediakan. Kemudian, jika terdapat pelajar yang berminat untuk menjadi ahli STUFF, mereka perlu mengisi borang dan melalui sesi temuduga yang ringkas.

Sesi temuduga yang kami jalankan bukanlah seperti yang anda bayangkan, dengan beberapa orang penemuduga bertanyakan beberapa soalan yang serius. Sebaliknya sesi ini lebih mesra dipanggil sesi suai kenal, di mana sesi ini dicipta khas sekiranya ada soalan yang ingin diajukan tentang STUFF dan juga sekiranya pelajar ingin tahu tentang program-program yang STUFF anjurkan dengan lebih mendalam.






Sesi suai kenal yang santai



Pada tahun ini, STUFF telah berjaya merekrut seramai 192 orang ahli baru. *tepuktangan*. Jumlah ahli baru melebihi target awal yang telah ditetapkan. Apa pun, semua ahli yang mendaftar bersama STUFF, kami terima kehadiran anda dengan tangan terbuka.

Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Selamat datang ke S.T.U.F.F. (Super. Talented. Ultimate. Fantastic. Family). Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih juga kepada semua ahli STUFF yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Sekian,


Terima kasih daun keladi.
Panjang umur kita jumpa lagi.






Tak sabar nak menyambut ahli keluarga baru


Team hiasan booth





 Menanti ahli baru untuk mendaftar


Team komiti booth. 








-Ilmu tanpa amal umpama pohon tidak berbuah-



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...