Thursday, June 29, 2017

Eid Mubarak! Syawal Dirai, Ramadhan Dirindui.

Bismillahirrahmanirrahim~






Assalamualaikum, apa khabar semua!

Sedar tak sedar, kita sudah memasuki Syawal yang kelima. Terasa pantas sungguh masa berlalu pada tahun ini. Macam baru semalam melangkah ke masjid untuk sama2 menunaikan solat terawih pada malam pertama, dan sekarang kita sudah pun memasuki bulan Syawal, bulan yang sinonim dengan meraikan kemenangan serta kejayaan umat Islam yang berjaya menghabiskan sebulan ibadah berpuasa dalam bulan Ramadhan.

Sesi short semester akan bermula tak lama lagi. Ada antara kita yang akan kembali ke UIA untuk short sem, ada pula yang menghabiskan cuti 3 bulan di rumah, dan ada juga yang sedang ber'intern' sekarang. Mungkin ada juga antara sahabat kita yang sudah kembali ke pejabat sekarang, di saat orang lain masih enak beraya. Bak kata orang, raya kan sebulan.

Walau di mana pun kita berada, jadikanlah Ramdhan yang lalu sebagai suatu teladan dan semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah.

Selamat meraikan Syawal, namun usahlah dilupakan Ramdhan. Sebab kita takkan tahu adakah kita mampu untuk bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang. Semoga Ramadhan yang lalu memberi keberkatan dan Syawal yang tiba membawa erti kesyukuran.

Kami menyusun sepuluh jari, memohon ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki, andainya sepanjang kita berkenalan, ada tersilap kata, tersalah laku, terlepas bicara, hingga mengguris hati, jiwa dan perasaan.


Dari bandar pulang ke kampung,
Indah terbayang hari nan suci,
Dari STUFF gurau maaf bersambung,
Kami ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri! 🎇




-ILMU TANPA AMAL UMPAMA POHON TIDAK BERBUAH-


STUFF SPORTS DAY 2017

Pada tanggal 6/5 2017 yang lalu, STUFF telah berjaya menganjurkan sebuah event yang dikenali sebagai Stuff Sports Day. Hari Sukan ini bertempat di padang Ali dan mengumpulkan seramai kira-kira 130 ahli STUFF sebagai peserta.

Seawal jam 8 pagi, peserta mula hadir untuk acara Sports Day ini. Sementara menunggu rakan-rakan yang lain, ahli2 STUFF yang sudah tiba membuat pendaftaran bersama komiti. Mereka diberikan roti, air serta button badge bersempena STUFF Sports Day ini.

Barisan komiti STUFF SPORTS DAY 2017


Perbarisan sebelum memulakan sesi memanaskan badan



Sesi memanaskan badan



#nagamerah

#helanghijau

#sapphireblue

#kuning d'royale


sesi persembahan cheers daripada rumah2 sukan




acara lari dalam guni


yang lemah semangat mohon tutup mata:-)


Tiup sampai dapat!!


Acara mencari gula2 dalam tepung



Apalah agaknya yang cik akak ni tak puas hati ye:)


acara sampingan: bermain bola sepak menggunakan bola tampar

tiup sampai kembung perut:-)


demi mencari mata tambahan, acara sampingan meniup belon sampai pecah


Walau apa cabaran, sanggup kuhadapi

perebutan bola untuk acara dodge ball

acara dodge ball


Jejaka2 mempertaruhkan jiwa dan raga 
utk menang

Takkan dibiarkan begitu saja

Tergantung namun tak menarik tali

Acara kemuncak STUFF Sports Day 2017:
Tarik Tali


Indah bersatu lagu dan irama,
Menghibur hati saat kesepian,
Suka dan duka dilalui bersama,
Moga ukhuwah terus berkekalan.




Jutaan terima kasih kepada semua ahli STUFF yang terlibat sama ada sebagai komiti atau peserta dalam menjayakan STUFF SPORTS DAY ini.

Tidak dilupakan advisor STUFF, Madam Ros Aniza yang sudi meluangkan masa untuk hadir dan juga para alumni yang sudi untuk datang memeriahkan lagi acara SPORTS DAY ini.

Tahniah juga diucapkan kepada pasukan rumah kuning (Kuning d'Royale) kerana menjuarai hari sukan STUFF kali ini dan kepada rumah2 lain yang tidak berjaya, jangan bersedih, sebab menang dan kalah itu adat permainan. Kita boleh usaha lagi untuk Sports Day yang akan datang. 

Semoga program ini dapat membawa manfaat dan kebaikan terhadap diri dalam apa jua bentuk sekalipun.






Link2 untuk gambar STUFF Sports Day '17:

1) https://drive.google.com/drive/folders/0B7Akcb9Ph7UwTDdfM0E2azRJMnM
2) https://drive.google.com/drive/folders/0B0tNGuJZHRCMdjR1QklTb1lCVWs



-ILMU TANPA AMAL UMPAMA POHON TIDAK BERBUAH-

Saturday, June 17, 2017

Program Kepimpinan Asrama SMA Al-Falah, Perak



Pada tarikh 31 Mac, sehingga 2 April, kelab STUFF telah menghantar beberapa orang ahli bagi menjayakan program kepimpinan asrama di SMA Al-Falah yang bertempat di Perak. Program ini bertujuan untuk melatih semangat kepimpinan dalam diri seorang pelajar, tips-tips yang diperlukan untuk menjadi seorang pemimpin yang cemerlang dan juga penerapan nila-nilai Islamik dalam aspek kepimpinan itu.

Modul-modul yang dijalankan sepanjang program amat menitikberatkan aspek kepimpinan, tambahan pula peserta daripada SMA Al-Falah yang mengikuti program ini merupakan antara barisan pelajar yang menjadi tunggak pimpinan di sekolah tersebut.

Peserta juga turut memberikan kerjasama yang baik dan respons yang memberansangkan dalam setiapa aktiviti, dan program dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah serius yang timbul dan menganggu kelancaran program.


Aspek kepimpinan amat penting lebih2 lagi peserta merupakan pelajar sekolah menengah, ciri2 seorang pemimpin yang cemerlang perlu dipupuk dalam diri mereka kerana suatu hari nanti, mereka lah golongan yang akan menggantikan pucuk pimpinan negara sekrang dan mencorak masa depan agama, bangsa dan negara.



sesi briefing oleh fasi


boleh ke tak buat tu?


bersungguh abang fasi nak membantu


peserta khusyuk melaksanakan modul

barisan fasilitator bersama adik2 Program Kepimpinan Asrama SMA Al-Falah


barisan fasilitator Program Kepimpinan Asrama SMA Al-Falah



"Ibn Umar r.a berkata: Saya telah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Setiap orang adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepimpinannya. Seorang kepala negara akan diminta pertanggungjawaban perihal rakyat yang dipimpinnya. Seorang suami akan ditanya perihal keluarga yang dipimpinnya. Seorang isteri yang memelihara rumah tangga suaminya akan ditanya perihal tanggungjawab dan tugasnya. Bahkan seorang pembantu/pekerja rumah tangga yang bertugas memelihara barang milik majikannya juga akan ditanya dari hal yang dipimpinnya. Dan kamu sekalian pemimpin akan ditanya (diminta pertanggungjawaban) dari hal yang dipimpinnya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)



-ILMU TANPA AMAL UMPAMA POHON TIDAK BERBUAH-

Sunday, June 4, 2017

Annual Grand Dinner STUFF 2K17


Pada tanggal 20 April 2017 yang lalu, Stuff telah menganjurkan sebuah majlis yang julung kalinya diadakan hanya sekali setiap tahun, iaitu, Annual Grand Dinner (AGD) ataupun juga dipanggil Appreciation Night. AGD kali ini agak istimewa, sebab dilangsungkan di Zabedah Hall, IIUM yang terletak di tingkat 3, Kompleks Haji Azman Hashim.

Untuk AGD kali ni, bertemakan Arabian Night. Untuk malam tu, memang dapat dilihat ramai Pak Arab serta Mak Arab yang menghadiri AGD pada malam itu.

Sebelum memasuki dewan, para komiti sudahpun bersedia untuk pendaftaran ahli2 STUFF dan juga alumni di luar dewan. Mereka mendapat goodies yang disediakan oleh para komiti bersama nombor untuk sesi hadiah cabutan bertuah.

Kemudian, majlis dimulakan dengan ucapan daripada advisor STUFF, Madam Ros Aniza, diikuti oleh ucapan daripada presiden STUFF, saudara Abdullah Izzat. Tak lupa juga sedikit ruang yang diberikan untuk ucapan daripada pengurus program (baca: Program Manager), saudari Afinie.

Kemuncak malam ini merupakan sesi persembahan daripada wakil setiap biro yang ada dalam STUFF. Pelbagai ragam yang dapat dilihat. Pelbagai idea2 yang kreatif telah dipersembahkan. Daripada tarian, nyanyian, dan lakonan. Ahli2 STUFF bukan sahaja hebat dalam berprogram, tapi mereka juga mempunyai bakat yang terpendam dalam diri mereka.




Selain itu, antara tujuan utama AGD ini diadakan adalah untuk meraikan ahli2 STUFF yang bergelar graduating students (baca: pelajar yang akan menghabiskan tempoh pengajian mereka pada sem ini atau sem hadapan). Bakti serta sumbangan yang mereka telah berikan kepada STUFF amat dihargai. Daripada pihak komiti serta ahli2 STUFF yang lain, kami mendoakan semoga kalian semua dapat menghabiskan pengajian di UIA ini dengan cemerlang, terbilang dan gemilang.

Untuk meraikan graduating students pada AGD kali ini, pihak komiti muncul dengan sebuah idea, yang mana mereka perlu memuat naik gambar2 mereka di laman sosial beserta hashtag,

#yahabibiyamaulana
#stuffagd2k17
#roadtograduation

Sebelum acara penyampaian sijil penghargaan kepada para graduating students, sebuah video telah ditayangkan, dan video tersebut merupakan kompilasi post2 mereka di laman sosial media. Pelbagai jenis gambar dan 'caption' dapat dilihat melalui video itu. Kita pun tahu, bahawa, setiap yang bermula pasti ada akhirnya. Dan setiap manusia yang hadir dalam hisup kita, tak semestinya akan kekal. Namun, apa yang kita akan bawa bersama, adalah kenangan.

Dan, pada malam itu juga, sebuah anugerah khas telah diberikan kepada dua orang insan yang telah banyak memberi jasa dan sumbangan terhadap kelab STUFF. Walaupun mereka telah keluar daripada UIA, dan bergelar alumni, mereka kerap hadir ke sesi training, dan juga program2 lain yang dianjurkan dalam STUFF sendiri. Anugerah tersebut merupakan Anugerah Khas STUFF: Budi Dikenang Abadi. Dan penerima bagi anugerah tersebut ialah saudara Ahmad Balqini b. Idrus dan saudara Abdul Rahman b. Ahmad Jaafar Sadzik.









Bersama pengacara majlis AGD 2017


Barisan komiti AGD 2017 yang hebat!


Sekalung ucapan terima kasih dan juga setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli2 STUFF yang terlibat dalam menjayakan AGDSTUFF2k17 kali ini, secara langsung atau tidak langsung. Kepada barisan komiti yang berpenat-lelah memerah idea demi memastikan AGD ini berjalan dengan lancar. Kepada advisor STUFF, Madam Ros Aniza dan suami yang sudi meluangkan masa untuk turut sama meraikan ahli2 STUFF pada malam tersebut, kepada alumni yang turut sama hadir memeriahkan lagi majlis pada malam itu. 

Kepada semua ahli STUFF yang bergelar graduating students, moga hari2 yang masih berbaki di UIA dapat meninggalkan seribu satu kenangan dan memori terindah buat kalian. Dan tidak dilupakan, semua warga STUFF yang hadir pada malam itu, turut sama menyokong dan menjadikan AGD kali ini berjaya! Terima kasih semuanya!





-ILMU TANPA AMAL UMPAMA POHON TIDAK BERBUAH-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...