Thursday, June 29, 2017

Eid Mubarak! Syawal Dirai, Ramadhan Dirindui.

Bismillahirrahmanirrahim~






Assalamualaikum, apa khabar semua!

Sedar tak sedar, kita sudah memasuki Syawal yang kelima. Terasa pantas sungguh masa berlalu pada tahun ini. Macam baru semalam melangkah ke masjid untuk sama2 menunaikan solat terawih pada malam pertama, dan sekarang kita sudah pun memasuki bulan Syawal, bulan yang sinonim dengan meraikan kemenangan serta kejayaan umat Islam yang berjaya menghabiskan sebulan ibadah berpuasa dalam bulan Ramadhan.

Sesi short semester akan bermula tak lama lagi. Ada antara kita yang akan kembali ke UIA untuk short sem, ada pula yang menghabiskan cuti 3 bulan di rumah, dan ada juga yang sedang ber'intern' sekarang. Mungkin ada juga antara sahabat kita yang sudah kembali ke pejabat sekarang, di saat orang lain masih enak beraya. Bak kata orang, raya kan sebulan.

Walau di mana pun kita berada, jadikanlah Ramdhan yang lalu sebagai suatu teladan dan semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah.

Selamat meraikan Syawal, namun usahlah dilupakan Ramdhan. Sebab kita takkan tahu adakah kita mampu untuk bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang. Semoga Ramadhan yang lalu memberi keberkatan dan Syawal yang tiba membawa erti kesyukuran.

Kami menyusun sepuluh jari, memohon ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki, andainya sepanjang kita berkenalan, ada tersilap kata, tersalah laku, terlepas bicara, hingga mengguris hati, jiwa dan perasaan.


Dari bandar pulang ke kampung,
Indah terbayang hari nan suci,
Dari STUFF gurau maaf bersambung,
Kami ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri! 🎇




-ILMU TANPA AMAL UMPAMA POHON TIDAK BERBUAH-


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...