Thursday, October 5, 2017

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SMK Methodist (ACS) Setiawan

Pada tarikh 7 Julai sehingga 9 Julai 2017 yang lalu, kelab Student Facilitating Front (STUFF) telah menghantar sepasukan ahli ke Chalet Kenangan Pak Man Teluk Batik, yang bertempat di Lumut, Perak.

Program perkhemahan perdana ini merupakan sebuah program yang telah dirancang oleh pihak sekolah dengan bertujuan untuk melatih sikap kepimpinan pelajar di samping dapat membentuk sikap dan peribadi yang terpuji dalam diri pelajar itu sendiri.

Para pelajar di sekolah ini juga terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Oleh itu, pihak sekolah telah mengambil satu inisiatif untuk mengeratkan hubungan antara para pelajar selain daripada melatih mereka agar mampu untuk bekerjasama walaupun dengan mereka yang berlainan bangsa dan agama.

Objektif perkhemahan ini merupakan satu tindakan yang bijak melihat kepada realiti rakyat Malaysia itu sendiri yang terdiri daripada rakyat berbilang bangsa, kaum dan agama.

Antara modul yang dijalankan juga menekankan tema kerjasama antara para peserta seperti modul straw tower di mana mereka perlu membina sebuah menara dengan menggunakan straw. Modul ini bertujuan untuk melatih sikap saling membantu antara satu sama lain dan menunjukkan bahawa setiap ahli dalam kumpulan perlu terlibat sama dalam proses membina menara tersebut.

Dalam konteks kehidupan yang sebenar, kalau hendak mengambil contoh negara tercinta ini sendiri, Malaysia, merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa. Kalau hendak dikira jumlah sebenar seluruh kaum dan etnik yang ada di Malaysia, mungkin boleh mencecah angka ratusan, malahan lebih dari itu.

Walaupun hidup dengan masyarakat yang pelbagai, Malaysia mampu untuk terus mencapai kemajuan hasil semua kaum dan rakyat berganding-bahu untuk terus menyumbang kepada negara.

Akhir kata, semoga objektif serta matlamat pihak sekolah untuk menyatukan para pelajar walaupun berbilang bangsa, kaum dan agama berjaya membuahkan hasil dan semoga kita terus memupuk semangat kerjasam dalam apa jua situasi pada masa akan datang.

Bak kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!






Bersemangat waja Chief Fasilitator !



Barisan fasilitator 












-ILMU TANPA AMAL UMPAMA POHON TIDAK BERBUAH-







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...