Monday, April 23, 2018

Annual General Meeting STUFF 2017

Bismillahirrahmanirrahim~

Kata orang,
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Setiap permulaan pasti ada pengakhiran
Setiap yang datang, pasti akan pergi.

Merujuk kepada kata-kata itu, pada tanggal 23 November 2016 yang lalu, bertempat di Main Audi Kuliyyah of Engineering (KOE), sebuah majlis yang sinonim dengan simbolik berakhirnya sebuah pucuk pimpinan, melalui sebuah majlis yang dipanggil Annual General Meeting (AGM) telah berlangsung.

AGM STUFF dijalankan pada setiap tahun dengan bertujuan untuk menyimpulkan segala aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung dalam kelab STUFF sepanjang tahun 2017. Selain itu, melalui AGM ini juga, ahli2 STUFF dapat mengetahui penyata kewangan kelab STUFF dan aliran keluar masuk duit.

Pada tahun ini juga, sebagai menghargai jasa dan sumbangan ahli2 STUFF yang aktif bergerak dan terlibat dalam program2 di bawah anjuran STUFF, beberapa anugerah telah diperkenalkan. Antaranya ialah Anugerah Ahli Terbaik bagi setiap biro yang telah dimulakan pelaksanaannya sejak tahun 2016. Selain itu, terdapat juga Anugerah Modul Terbaik bagi biro EM, MM dan GM, Anugerah Modul Training Terbaik yang dimenangi oleh biro MM, serta Anugerah Poster Training Terbaik yang dimenangi oleh ahli biro PM.

Pada majlis yang bersejarah ini juga, kita dapat melihat penurunan takhta barisan mainboard STUFF pada tahun 2017 dan digantikan dengan pucuk pimpinan yang baru dengan diterajui oleh presiden STUFF 2018, saudara Syahmi Afiq.

Apalah erti STUFF tanpa ahli2 nya, dan di sebalik setiap program2 yang dianjurkan oleh kelab STUFF sama ada internal programs, external programs, training dan juga tidak dilupakan collaboration programs yang diadakan sepanjang tahun 2017, barisan mainboard STUFF 2017 menjadi tulang belakang dengan dibantu seluruh ahli2 STUFF yang berdediaksi dan komited engan tugas2 mereka.

Semoga setiap bakti yang dicurahkan mampu membawa seribu satu hikmah dan pengajaran buat masyarakat.

Walau sekecil mana pun sumbangan kita, sekiranya setiap gerak kerja itu dilakukan dengan tulus dan ikhlas, balasan untuk mereka yang ikhlas itu akan sentiasa ada sama ada di dunia atau di hari pembalasan kelak.

Selamat maju jaya diucapkan kepada barisan mainboard STUFF 2018. Semoga dapat menggalas amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan dalam memajukan lagi STUFF ke satu peringkat yang lebih tinggi daripada sebelumnya.

Jutaan terima kasih juga buat ahli2 STUFF yang setia berganding-bahu menjayakan kelab STUFF sepanjang tahun ini. Tiada apa yang mampu diberikan sebagai balasan melainkan hanya harapan semoga Allah sahaja yang mampu membalas segalanya.










-ILMU TANPA AMAL UMPAMA POHON TIDAK BERBUAH-
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...